Assalamualaikum
Semalam genaplah 2 tahun permata hati ibu nih.. Sekejab jeer hero ibu ni dah makin menginjak dewasa...(huuhuuu dah dewasa tuu)
cepat betul masa berlalu pergi, doa ibu semoga hero ibu ni membesar dengan sihat, happy dan aktif selalu (tak mau sakit-sakit dan masuk hospital lagi). Setiap ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk setiap anaknya, begitu juga ibu sentisa mendoakan semoga anak ibu ini menjadi anak yang soleh, hormat kat semua orang, bijak dalam ilmu agama dan duniawi, fasih dan lancar lidah membaca ayat-ayat suci al-quran, dapat menjadi pelindung kepada adik-adik nanti, kuat dan teguh jaati diri dalam melawan dugaan serta cobaan dan dapat menjadi kebanggaan untuk semua...aamin.
Masih belum berkesempatan untuk meraikan lagi hari ulang tahun anak ibu nih disebabkan oleh ayah MNAS sibuk outstation luar KL. Sambutan dan keraian terpaksa di postpone tak tahu laah sampai bila tuuu..hehehhee..Walaupun takda sambutan, tapi ketahuilah oleh mu wahai anak yang ibu sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak ibu nih..INSYAALLAH..
Birthday boy yang happy dapat present daripada auntie Chitra
baca wish yang ditulis kat depan dulu....
tak sabar untuk melihat apa yang ada disebalik bungkusan cantik nii..
Sampai berkerut-kerut muka dan muncung mulut, tapi masih tak berjaya untuk membukanyee....ummmm...last-last, ibu tolong bukakkan untuk NUH....HEHHEHEHEEHE
Semalam jugak ibu ada upkan status ni di muka buku: Banyak respon dan wishes daripada auntie-auntie NUH..
Statusnya berbunyi begini:-
Syukur kehadratMu Ya Allah kerana mengurnia dan menganugerahi permata hati ini dalam hidup kami suami isteri.
Anugerah yang tidak ternilai harganya, penyeri, penghibur, semangat dan penyambung legasi kami nanti..
Alhamdulillah, terima kash Ya Allah kerana menitipkan anugerah ini yang menjadikan kami ibu dan bapa kepada Muhammad Nuh AlSagoff Mohd Radzi...
Selamat ulang tahun ke 2 sayang...
Ibu dan ayah sayang Nuh dunia dan akhirat.
Doa kami semoga Nuh menjadi anak, abang, cucu, sepupu dan pak sepupu yang soleh untuk semua..aaamin.
Terima kasih kepada auntie-auntie Nuh atas segala wishes dan doa yang dititipkan,...terima kasih semua...
Wassalam
No comments:
Post a Comment