Tuesday, October 30, 2012

Kisah Balik kampung yang...

Assalamualaikum

Masih belum terlambat rasanyeer tuan empuyer diri nih nak wish selamat hari raya Korban buat semua. Memang raya korban nih membawa seribu pengertian yang sungguh mendalam bagi setiap orang.. Macam-macam pengorbangan yang berlaku samada kita sedari atau tidak sedari berlansung dalam kehidupan kita..Bagi yang telah selamat menunaikan ibadah Haji diTanah suci Makkah pada tahun ni, ALHAMDULILLAH dan sujud syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mempermudahkan segala urusan menunaikan ibadah haji masing-masing. Semoga semuanya mendapat haji yang MABRUR. Rindunya rasa hati ini untuk melakukan tawaf, solat depan kaabah, saei, melontar, bertadarus quran dalam Masjidil Haram dan macam-macma lagi... Satu persatu memori di tanah suci Makkah mengamit memori ini, melambai-lambai dan menari-nari di tubir mata ini... Ohhh, murahkan lah rezeki dan berikanlah kesihatan yang mengizinkan pada hambaMU ini supaya dapat lagi menjejakkan kaki ke sana..InsyaALLAH...Aaamin

Cerita balik kampung tempoh hari memang rasanya pecah rekod sepanjang usia ni yang selalu duk ulang alik balik daripada KL-KB. Sebelum ini paling lama masa yang diambik untuk balik kampung adalah 14/ 15 jam sajer...14 jam biasanya masa musim-musim raya lah tuu, kalau ikut jalan gua musang waktu peak hours... itu memang biasa sangat, kereta berduyung-duyung...kusss semangatt, memang kadang-kadang memang rasa serik sangat nak menempuh perjalanan yang amat panjang nih untuk selamat sampai kat kampung tercinta...

Balik raya korban kali ni pecah rekod sebab masa yang diambik untuk sampai ke kampung adalah 2 hari. ...Haaaahaaa kejut akak...kan. Bertolak pagi khamis 26/10/2012 pukul 11 pagi dan sampai kekampung pada 27/10/2012 pukul 1 petang. Sampai dah petang raya tuuhh.. Tak sempat nak solat sunat hari raya, huuhuuu tak perlah sebab tengah bermusafirkan...Memang trafik yang sangat teruk dan lansung tak bergerak bila sampai dekat dengan Bukit 7. Jalan dari KL-KB yang biasanya satu lane dah jadi berlane-lane, hinggakan dah menghalang lane kenderaan dari KB-KL dah...Bila dah kenderaan daripada KB-KL dah tak boleh lalu maka dah tentu-tentu laa jalan daripada KL-KB pun tak boleh nak jalan jugak, maka stuck laaa kat situ.. Dua-dua hala dah tak boleh nak jalan...Maka semua orang pun tersangkut kat tengah-tengah.. Siap kereta kiri dan kanan dah parking kat situ sebab dah tak boleh nak buat apa dah...Memang lautan kereta, bas dan macam-macam kenderaan laa.. Itu lah padahnya kalau semua orang ikut kepala sendiri dan buat undang-undang sendiri kononnya nak cepat sampai ke kampun halaman masing-masing. Undang-undang yang ada hendaklah dipatuhi bukannya di langgar sesuka hati sahaja. Bila dah jadi macam ni memang menyusahkan semua orang..polis trafik pun dah tak boleh nak buat apa dan ambik masa untuk meredakan keadaan. Tapi macam biasa lah, macam-macam rumous kedengaran bila dah ramai orang duk sibuk-sibuk tanya dan syok bercerita. Macam-macam spekulasi timbul kononnya jem teruk ni sebab ada accident la, ada tanah runtuh la..umm macam-macam, tapi the truth was jalan dah stuck tak boleh nak lalu sebab pemandu-pemandu yang kononnya bijak pandai nih, duk potong lane sesuka hatii...umm sabor ajeerlaa..

Daripada satu lane jalan dah jadi berlane-lane..ummm...

Bila dah tak gerak lansung dalam dekat dua jam, we all decided nak patah balik dan cadang nak ikut jalan ke Cameron Highland. Daripada Cameron Highland turun ke Gua Musang, harapannya dah boleh lepas daripada jem teruk nih..So apa lagi, berpatah balik lah ke Sungai Koyan semula walaupun masa tu jarak untuk sampai ke Gua Musang lagi 77 km...dekat dah, tapi memang dah tak sanggup nak tunggu sebab kesian dekat MNAS dan kesian gak kat mak buyung ni sebab dah tak tahan nak terkencing sangat dahhh...Bila dah patah balik nak menghala ke sungai koyan tuuu, mak aihh baru lah nampak betapa banyaknya kereta yang duk parking kat tengah-tengah, kiri dan kanan jalan berderet-deret... Siap masing-masing dah parking baik punyer dan siap dah duk berkelah dan bersembang-sembang dah... Bila dah sampai petronas lansung tak boleh nak masuk, dalam tuu pun jem jugakkk.. so baiklah kita teruskan perjalanan lupakan lah niat nak terkucai kerr apa, silalah tahan yaa...huuuhuu, macam-macam rasa dahhh duk rasa...Perjalanan yang sepatutnya ambik masa dalam 20 minit untuk sampai ke simpang Sungai Koyan kali ni dekat sejam baru dapat jejak kat situ..Punya laa teruk laluan daripada KB-KL pun dah penuh dengan kenderaan yang nak balik ke KB...Alhamdulillah bila dah dekat nak sampai ke simpang Sungai Koyan tuh, ada satu dewan orang ramai yang dibukak dan tandasnya pun ok dan yang paling best tak ada orang lansung.... Alhamdulillah, tak payah nak beratur...Bila dah masuk ke jalan sungai Koyan, Alhamdulillah kereta tak banyak sangat dan yang paling penting smooth jeee. Singgah kejab kat gerai-gerai tepi jalan untuk mengisi perut yang dah duk berdendang macam-macam lagu dah. Last meal adalah nasi lemak makan masa brekfast pukul 8 pagi tadi...huuuhuuu memang lapar sesangat, sepanjang jalan sebelum ni asyik duk minum air gan makan buah ajeer untuk alas perut... tu pun nasib baik bawak....

Dah setel makan pukul 9 malam baru bertolak naik ke Cameron, hujan disepanjang jalan. Alhamdulillah sampai di Cameron dah dekat pukul 11 malam..Sampai kat Cameron Ayahnya MNAS dah tak larat dah nak meneruskan perjalanan, so marilah kita bermalam di sini dulu, sebab fizikal dan mental amat-amat memerlukan rehat selepas mengharungi hari yang panjang. Pagi-pagi esok lah kita meneruskan perjalanan pulang ke kampung ya MNAS..UMM

Ok lah nanti kita sambung story syahdu dipagi raya @ Cameron Highland pulak...perut ni dah nyanyi-nyanyi dah...kita makan dulu..


Wassalam

No comments:

Post a Comment