Hari ni, sedikit free so marilah kita dengan gigihnya mengupdate cerita yang dah sedikit basi untuk tatapan di masa depan. Banyak kisah yang nak dikisahkan disini tapi ikut priority dulu, tengok mana yang paling penting kita up kan dulu.. yang tak berapa nak penting kita rilek-rilek dulu
Sudah menjadi lumrah kanak-kanak memang sukakan nature dan binatang-binatang ya. Ini daripada pengamatan kepada MNAS. Memang MNAS suka sangat dengan biantang-binatang ni terutamanya kucing dan monyet. Bila tengok kucing memang mulut dia akan bising semedang pastu buat suara halus dan sehabis manja yang boleh panggil eow-eow-eow-eow..hehheheheh
Agak lama jugak ibunya duk berzikir kat telinga ayah MNAS nak pergi melawat zoo negara. Konon-kononnya nak kenalkan kat MNAS binatang-binatang yang dia selalu tengok dalam tv dan kat dalam buku jeer.. Mesti dia excited nanti sambil tepuk-tepuk tangan.. tapi macam biasa ayahnya MNAS akan bagi macam-macam alasan, antara alasanya adalah:- aahhhh, nak pergi zoo tak thrill laa sebab dekat sangat. Kalau nak berjalan kita pergi yang jauh sikit....ecehhhh gitu pulak yaa...So takper nak pergi yang jauh ya, ada memang ada.. apa kata kita pergi tengok orang utan kat Sepilok tuuu..hahhahaa ada beran keer? hehheheheh, terkedu kejab ayahnya MNAS...lepas dah duk timbang tara faktor jarak dan sebagainya maka kata sepakat dicapai untuk bawak MNAS tengok gajah kat Kuala Gandah kat Lanchang Pahang. Bagi sesapa yang tak tahu just tanya encik gugel kat mana Kuala Gandah nih ya...
Kuala Gandah ni tempat pemuliharaan gajah, bagus dan best tempat nih. Tak jauh daripada KL, ambik masa lebih kurang 2 jam saja dah sampai...senang jee nak pergi sebab banyak sign board duk tunjuk arah nyeee. dun worri, ni memang salah satu tempat pelancong suka pergi..
Sampai lebih kurang pukul 12 tengah hari.. berdenting-denting panasnya, tapi kita orang tak peduli.. misi untuk memperkenalkan gajah kat MNAS paling utama. Dah ramai orang duk bagi makan kat anak-anak gajah dalam kandang tuh..Masa tu yang ada dalam kandang anak-anak gajah saja sebab bapak-bapak dan mak-mak gajah dah pergi bersiar-siar dalam hutan berdekatan...pukul 2 baru show mula.
MNAS tak ada reaksi, mungkin masih duk fikir-fikir nih apa la nama benda nih..Mesti dia pelik kot...Tapi bila bawak dia dekat gan kandang menerit-jerit takut...HAhahaha..tapi bila dah lama-lama MNAS dah ok, siap boleh bagi makan lagi kat anak-anak gajah tuu..
Makanan yang nak bagi kat gajah makan boleh di beli dekat dalam tu jugak..Tak payah lah nak bawak dari rumah. Gajah makan 3 jenis makanan pisang, tebu dan kacang. favorite dia hari tuh adalah pisang...siap julurkan belalai dia nak capai makanan-makanan yang kita duk pegang tuuhh.. comey sungguh..
MNAS tak berani nak bagi makanan kat anak-anak gajah tuu..pelik agaknye tengok tangan gajah camtu..hehhehe
anak-anak gajah tengah bersiram....semua orang duk kerumum kat tepi sungai tuu..satu kejadian yang agak cemas telah berlaku, cewahhh sungguh suspen..Masa tengah syok duk tengok anak-anak gajah ni bersiram tetiba semua orang bertempiaran melarikan diri sambil duk teriak lari, lari gajah mengamuk.. semua orang macam tak cukup tapak lari sebab anak-anak gajah tiba-tiba melompat daripada sungai tuh ketebing tempat orang duk ramai-ramai melepak...kelam kabut betul waktu tu, nasib baik kitaorang memang berdiri agak jauh daripada tebing sungai tu dan memang kitaorang tak lari lah sebab anak-anak gajah tuu lari menuju kejalan menuju ke hutan....Lepas dah reda sikit kitaorang pakat-pakat jadi tukang sibuk pergi tanya penjaga gajah tu..dorang cakap gajah tu tak mengamuk cuma depa tak biasa dengan keadaan yang macam tu gan ramai orang duk tengok depa...depa macam panik kot, lagi pun depa nih baru di bawa keluar daripada hutan seminggu jee.. so masih tak biasa lagi menjadi tumpuan orang ramai...Alhamdulillah tak ada apa-apa benda buruk berlaku, keadaan terkawal...
Kedua beranak nih tengah terpegun tengok keseksian gajah-gajah nih duk bersiram, panas berdenting pun tak peduli...muka MNAS dah macam udang kena bakar dah..merah
Ketibaan mak-mak dan bapak-bapak gajah daripada hutan selepas penat bersiar-siar. setiap seekor gajah-gajah tuh ada personal penjaga dia..Nampak macam best jee naik kat atas tuu...
MNAS terus terpegun tengok gajah-gajah besar nih..Dia memang spechless terus dan tegak berdiri tak gerak-gerak macam nak nyanyi lagu negaraku dahh...Wah barulah dia excited bila dapat tengok gajah-gajah besar nih...Gajah-gajah ni umurnya lebih kurang 30 tahun dan memang besar..lalu kat sebelah ajeer, terkagum MNAS disitu..
Setiap gajah-gajah ni ada nama masing-masing. Semuanya nama-nama tempatan, tapi dah lupa dah apa nama depa nih...
Kali ni bila nak bagi makan kat gajah MNAS dah ok sikit, dia dah enjoy dahh tengok gajah ni makan..Bila dah habis makanan tuu, dia minta beli makanan lagi nak bagi gajah-gajah ni makan...Alhamdulillah murah rezeki gajah-gajah ni sebab ramai orang duk bagi makan..
Memang satu pengalaman baru tuk MNAS dan ibu gan ayahnya jugak...sebelum ni selalu duk tengok gajah dalam tv dan kat zoo jee, tu pun dari jauh jeee..Kat sini memang puas hati sebab dapat tengok live depan mata, dapat bagi makan, dapat tengok gajah mandi lagik...tunggang jee tak dapat..maybe next time..
Wassalam
No comments:
Post a Comment