Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012

Assalamualaikum Hari ni lain sikit ya....Selamat ulang tahun kelahiran bagi sesiapa yang lahir pada tanggal 29 Februari ni..so unik, merayakan hari kelahiran 4 tahun sekali,...
Hari ni pagi-pagi lagi dah ada training hingga lunch..Agak lemau sikit masa training tuh sebab pokok bicaranya agak asing kat telinga nih..mungkin straight forward bagi orang yang dah familiar dengan subjek nih..tapi bila tang praktikal seronok sangat sebab dapat buat banyak test yang berkaitan dengan tubuh badan sendiri...
Daripada semalam duk merayau-rayau kat internet ni, duk tengok gambar-gambar kek..wah hebat betul lah rupa bentuk kek sekarang nih, macam-macam design, tema dan color laa...wahh semuanya sangat menarik n tertarik...ummmm
meh kita chekidout....
Ni memang gorgeous....
source: semua pic2 kat atas tu dari encik gugel...tq en. gugel
Ummm macam nak makan kek laa.... Wassalam

Tuesday, February 28, 2012

Aku terima nikahnya...

Assalamualaikum

Pagi ahad lepas sepupu MNAS aka abg achik aka adik sudah selamat bergelar suami orang.. Dengan sekali lafaz sahaja sah dah jadi suami orang...TAHNIAH..Bertambah lagi seorang famili mok su Timoh nih...


Majlis akad nikah berlansung di MAsjid Wilayah Kuala Lumpur. Kali pertama menjejakkan kaki di sini, selalunya lalu belah luar jeer. Alhamdulillah dapat jugak menjejakkan kaki di masjid yang menjadi kebanggaan warga kota ini.

Masjid ni besar sangat dan dibahagikan kepada beberapa Anjung. Majlis akad nikah dekat dewan pernikahan di Anjung C. Bagus sangat-sangat sebab semua fasiliti tersedia untuk semua jemaah..

Terskima laa pulak duk tulis nih,, berkonvoi ramai-ramai dari rumah ke Masjid lebih kurang pukul 9.45 am. Sampai masjid pukul 10.15 am. Ada masa lagi untuk lepak-lepak dan beramah mesra.. Kuikui

Gadis pembawa bunga.....hahahhaaaa
Kak ngah & awek MNAS pun ada..
kay yuni n friend

beramah mesra sebelum majlis bermula
Marissa & papa
MNAS & GENG

MNAS hari tu macam lepas bebas sangat, berjalan dan berlari sana sini dengan gumbiranya.. Lagi pulak ada geng untuk menjalankan projek tinjauan kawasan. Kawasan masjid yang luas, sejuk dan nyaman memang tak boleh dilepaskan oleh MNAS laah. Senyum n pulun gelak jeer memanjang. Sesambil duk pergi beramah mesra dengan sedara mara yang duk ada..
Gah duduk fikir kawasan mana tak cover lagi nih...

Akad nikah dijalankan lebih kurang pukul 11 pagi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan , Dengan sekali lafaz sahaja.. SAH, SAH & SAH.

Achik aka Adik & Puan Achik

Lepas akad nikah ada sedikit jamuan untuk tetamu dekat tingkat bawah masjid. Makan bersila duk atas tikar berlaukkan ikan bakar gan sayur lenak nangka, air asam, ikan kering & ulam-ulaman cicah sambal belacan... Pergggh lauk lain dah tak pandang dah.. Sedap sungguh makan secara berjemaah gituu.. Alhamdulillah syukur dengan rezeki ini.. MNAS dah tak pandang nasi dah, lagi excited duk jalan sana-sini jeer.. Kena gilir-gilir makan melayan MNAS..

Tak sempat nak snap pic makanan sebab dah teruja nak makan. Kuang kuang

So sebelum stop sekali lagi nak wish kepada Achik aka Adik dan puan Achik selamat pengantin baru, lengkap melengkapi la antara satu sama lain. Kini dua hati menjadi satu, so jagalah hati yang satu itu dengan kasih sayang, tolak ansur, hormat menghormati dan saling ingat mengingati satu sama lain masa susah & senang... InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Wassalam
.............Pengantin yang tak berapa nak baru bersama anak bujangnya...Auwwww

Saturday, February 25, 2012

Seminggu sudah...

Assalamualaikum

Cepat nyer masa berlalu, dah dekat seminggu blog tak berusik. Lepas balik dari kursus kerja menimbun- nimbun... Lepas meeting, meeting lagi dan meeting lagi. Satu aper pun tak boleh nak buat.... Bukan komplen cuma keterbatasan masa membataskan segalanya. Syukur Alhamdulillah sebab ada kerja iyooo.

Hujung minggu yang sibuk jugak kerana ada majlis akad nikah nephew cousin MNAS esok pagi. So sempena majlis pagi nanti, petang semalam together-gether laah duk memeriahkan suasana dan sessi bakar membakar bakal pengantin.. Kui-kui, tapi aisey tercool pulok pengantin nih... Anyway good luck achik for this morning... U can do it boh...

Sudah lama rasanya tak menulis pasal MNAS kat sini, so petang semalam happy sangat sebab dapat main sesama cousin-cousinnya.. Berjalan sana-jalan sini bertambah happy sebab dapat main belon air sabun tuhh dengan micha n marissa. Pertama kali main nih..Apalagi bukan main excited duk kejar & duk nak tangkap belon-belon tuhh..

Ibu yang duk tiup nih, macam nak habis nafas pulak rasenyer, nampak benor dah kurang stamina dah.. Bila berenti tiup jeer start laa MNAS bukak radio buruk nyeer.. Suruh tiup lagi dan lagi... Adoii sib baik ada kak yunie yang tolong tiupkan, take turn.. Pastu dengan kak yunie sekali pun duk somputt gakks. Haahaa takper laa nanti esok kita sambung main lagi, ramai tuu mangsa2 esok untuk disuruh tiup belon buih tuuh.. Ngeh ngeh ngeh...

Itu ajeer later InsyaAllah akan update majlis akad nikah tuu..

Wassalam

Sunday, February 19, 2012

Last day...

Assalamualaikum

Tak sempat nak update semalam, dari 6.30 pagi - 10.00 mlm penuh dengan aktiviti. Masuk bilik pukul 10 malam terbongkang tidur tak sedar-sedar. Nyenyak betul tidur, siap mimpi MNAS lagi.. Huuhuu miss anak ibu so much laa.. Sedar- Sedar pukul 6.30 pagi, beratnya badan nak bangun pergi aerobic, so end up sambung zzzzz sampai 7.00 pagi..

Terkejar-kejar bersiap sebab kursus masih bersambung pukul 8.00 pagi. Breakfast pun makan capai mana yang dang jeer,,, now tengah dalam meeting room dah.. So lets continue our couse...cant wait to go back this afternoon...

Wassalam

Friday, February 17, 2012

Selamat malam...

Assalamualaikum

Tamat sudah segala aktiviti untuk hari pertama, berkursus hingga ke malam memang mencabar fizikal dan mental.. Menguap berkali-kali. Minum bercawan-cawan kopi pun tak dapat nak hilangkan gantuk nih.. Sayup-sayup jee dengar isi diskusi dan though daripada boss nih.. Mata nih macam ada gam jeer, asyik nak melekat jeer. Haaahaa, ni mungkin dinner tadi overdose sangat.

Hajat di hati nak jalan-jalan tepi pantai tuk ambik angin lepas kursus tadi tapi ummm😢😭😂 sebab quite scary pulak memalam nih. Sunyi sepi kat tepi pantai tuhh, semua orang penat agaknya so membuta better than bersantai-santai tepi pantai.. Its ok esok masih ada... Hopefully..
Bila dah masuk bilik nih susah lak nak lelap mata. Roomate dah di buai mimpi dah tapi mata ni terkebil-kebil lagi...tak boleh jadi macam ni coz esok pagi-pagi buta dah start aerobic.. Bole start aerobic pukul 6.30 pg,, semangat betul organizer nih.. Haahaahuuhuu, ada jugak nih nanti sambil aerobic sambil tutup mata nih.. Haahaa

Wassalam

Sudah tiba..

Assalamualaikum

Perjalanan daripada ofis ke Avillion Admiral Cove ambil masa lebih dan kurang 2 jam. Wah bila dah masuk area pd laut terbentang luas depan mata... Biru jeer laut dan sungguh mendamaikan... Tapi rasanya memang takda masa nak chill pun.. Full gan aktiviti jeer.

Baru selesai lunch, dan seleksi makanan untuk hari pertama boleh lah tahan.. Standard makanan kat hotel lah.. Kejab lagi pukul 2 lebih baru boleh check in, sementara tu memang explore tempat-tempat menarik kat sini.

Kebetulan pula ada beberapa company lagi yang duk buat kursus jugak kat sini start hari ni hingga hari ahad. So macam cramp sikit laa..

Banyak kapak-kapal baik jer duk parking kat sini.. Cehh boleh berangan kejap kalau laa ada kapal sendiri, petang-petang duk pusing ambik angin kat PD nih. Mesti best kan, sesambil duk kat dek kapal sambil depa kan tangan macam Jane dalam Titanic tuu.. Wuuhuuu waaalllaah..

Ok, kena stop dulu kendian sambung balik..

Wassalam

Going to PD

Assalamualaikum

Tengah dalam bas menuju ke PD.. Berkursus selama 3 hari di Avilion Admiral Cove PD. sayu jeer rasa hati sebab julung kalinya tinggalkan MNAS. Kena tabahkan hati nih untuk 3 hari, kalau tak tak berkursus laa jawabnyeer.. Terbayang-bayang jeer kat depan mata MNAS duk jalan sana jalan sini...huuhuu

Wassalam

Tuesday, February 14, 2012

NUH & AYAH

Assalamualaikum

Kekangan masa membataskan segalanya.. Minggu yang amat sibuk dengan meeting and discussion. Preparation sebab hujung minggu ni ada kursus 3 hari di PD.

First time nak tinggalkan MNAS lelama.. Haishhh macam mana laa nanti, dah start duk risau dah... Umm harap-harap semua dipermudahkan..

Short update coz jab lagi ada kursus pulak. MNAS memang rapat sangat gan ayahnyeer. Kalau nampak jer ayah, mesti senyum lebar dan berlari g peluk ayah. Senyum jeer memanjang.. Dan mulut pun bising cakap macam-macam..

Kalau ayah tidur MNAS akan datang dekat-dekat dan cium muka ayah banyak-banyak.. Nak suruh ayah bangun. Huuhuu..kalau ayah marah terus sentap, merajuk dan masam jeer muka tuuu. Kalau ayah dukung dan peluk baru laah senyum dan ceria balik.. Alahaii anak ibu nih...

Wassalam

Sunday, February 12, 2012

Jalan-jalan

Assalamualaikum

Sekarang ni update tetiap hari delay, hahaaa alasan lapok la iyo sebab dok dang.. Kuikui

Pagi sabtu

Teringin nak makan nasi goreng ikan bilis, so dengan semangat yang berkobar-kobar bangun pagi-pagi terus menonong dan duk bersilat kat dapur. Bukak fridge umm nasib baik bahan-bahan cukup... So lepas blend ikan bilis gan bawang dan sedikit cili maka mula laa kerja goreng mengoreng nih, campak udang sikit, tauhu sikit, sayur lak campak kacang sikit dan keret sikit.. Dalam semua duk campak sikit-sikit, last-last mak aikhhh menimbun penuh semangkuk besar..

Tapi ok lah kan boleh semua makan sampai petang,.. Konyang sangat. Alhamdulillah rezeki daripada Allah S.W.T

Lepas siap masak bawak lak MNAS main kereta.. Hah main kejab pastu sibuk dia nak tolak kereta tuhh.. Dah laa tak pakai kasut, kaki ayam gitu jer duk pulun menolak kereta... Bila keteta gerak dan kipas duk pusing-pusing wahh seronok sangat dia.. Mesti dia pelik camna kipas tu boleh pusing ya...sikit hari lagi faham laa tu iya..

Ditengah hari

Lepas dah siap makan dan MNAS dah bangun dari nap pagi terus berdesup ke ttdi kl, ada hal sikit kat sana.. Lepas dah setel kerja kat sana, dah alang -alang kat area situ maka singgahlah 3 beranak ni kat OU. Wah dah macam lama tak pergi OU, dulu gah renovation sekarang dah siap dah.

Banyak kedai yang baru bukak, mcD yang kat ground floor dah takder dah. Dalam banyak kedai yang baru tu, ada satu kedai yang konfem semua orang akan suka especially budak-budak. Dah la kedai betul-betul depan pintu utama, uish pendek kata kalau lalu kat situ memang konfem singgah lah. Dia punyer interior memang cantik, menarik dan memang da boom laa.. Nama kedai ni candylicious.. Fuhh macam2 coklat dan gula-gula duk ada dalam ni dengan packaging yang sangat menarik...penuh warna warni nya.. Nasib baik MNAS jenis yang belum pandai nak semua benda lagi. So selamat laa ayah gan ibu, tapi anak takder apa-apa ibu gan ayah pulak macam rambang mata. Semua benda macam nak beli, dalam duk sabar-sabar tu terambik la jugak selai t-shirt, bekas air dan 3 jenis coklat. Semuanya tuk MNAS laa.. Yang tang coklat jeer tuk ibu gan ayah. So saper-saper yang ada anak yang tengah duk tantrum tu dinasiharkan jangan laa duk gatai nak lalu dan masuk kedai nih.. Kalau tak boleh jadi gaduh nanti... Kui-kui sebab serius nya barang- barang yang duk jual sini memang tempting laa..tapi kalau ada budget lebih apa salahnyer.. Sila laa masuk... Takder jadik hal puyer..

Masa duk jalan-jalan kat dalam OU tu, MNAS telah buat lawak yang memang kelakar seram la jugak.. Bila dah jakan-jalan gini memang MNAS suka sangat duk tawaf sana-sini dalam kedai tuu.. Sesambil jalan sambil duk susun-susun barang yang orang duk cantik display dekat rak-rak tu. mungkin dia rasa susunan tu tak menarik so, dia tolong susun semula.. Haahaaa
Nak dijadikan cerita kelakar seram mi, dalam duk jalan-jalan tu ada pintu keluar yang sebelah kanan dan kiri tu duk ada cermin dan ada pulak patung-patung display baju-baju. So apa lagi MNAS dengan laju nyer jalan kearah patung-patung tuh, tiba-tiba bunyi gedegang... Semua orang duk pandang ke arah cermin tu,, huhuhuu rupa-rupanya MNAS dah terlanggar cermin tu dan dah tergolek dekat patung tuu, ingat kan dia duk pulun menangis laa tapi sebab orang duk pandang, terus dia bangun gosok-gosok kepala dan lari menyorok kat belakang ibu.. Haahaa malu lewwtuu.. cuak gak ibu kot-kot teruk keer..alhamdulillah takder apa-apa..

Haaha lesson untuk kejadian ni ibu dan ayah jangan biarkan MNAS jalan dan main dekat-dekat cermin mungkin dia ingat boleh go through sebab boleh nampak semua benda kat luar kan..

Wassalam






...