Tuesday, February 28, 2012

Aku terima nikahnya...

Assalamualaikum

Pagi ahad lepas sepupu MNAS aka abg achik aka adik sudah selamat bergelar suami orang.. Dengan sekali lafaz sahaja sah dah jadi suami orang...TAHNIAH..Bertambah lagi seorang famili mok su Timoh nih...


Majlis akad nikah berlansung di MAsjid Wilayah Kuala Lumpur. Kali pertama menjejakkan kaki di sini, selalunya lalu belah luar jeer. Alhamdulillah dapat jugak menjejakkan kaki di masjid yang menjadi kebanggaan warga kota ini.

Masjid ni besar sangat dan dibahagikan kepada beberapa Anjung. Majlis akad nikah dekat dewan pernikahan di Anjung C. Bagus sangat-sangat sebab semua fasiliti tersedia untuk semua jemaah..

Terskima laa pulak duk tulis nih,, berkonvoi ramai-ramai dari rumah ke Masjid lebih kurang pukul 9.45 am. Sampai masjid pukul 10.15 am. Ada masa lagi untuk lepak-lepak dan beramah mesra.. Kuikui

Gadis pembawa bunga.....hahahhaaaa
Kak ngah & awek MNAS pun ada..
kay yuni n friend

beramah mesra sebelum majlis bermula
Marissa & papa
MNAS & GENG

MNAS hari tu macam lepas bebas sangat, berjalan dan berlari sana sini dengan gumbiranya.. Lagi pulak ada geng untuk menjalankan projek tinjauan kawasan. Kawasan masjid yang luas, sejuk dan nyaman memang tak boleh dilepaskan oleh MNAS laah. Senyum n pulun gelak jeer memanjang. Sesambil duk pergi beramah mesra dengan sedara mara yang duk ada..
Gah duduk fikir kawasan mana tak cover lagi nih...

Akad nikah dijalankan lebih kurang pukul 11 pagi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan , Dengan sekali lafaz sahaja.. SAH, SAH & SAH.

Achik aka Adik & Puan Achik

Lepas akad nikah ada sedikit jamuan untuk tetamu dekat tingkat bawah masjid. Makan bersila duk atas tikar berlaukkan ikan bakar gan sayur lenak nangka, air asam, ikan kering & ulam-ulaman cicah sambal belacan... Pergggh lauk lain dah tak pandang dah.. Sedap sungguh makan secara berjemaah gituu.. Alhamdulillah syukur dengan rezeki ini.. MNAS dah tak pandang nasi dah, lagi excited duk jalan sana-sini jeer.. Kena gilir-gilir makan melayan MNAS..

Tak sempat nak snap pic makanan sebab dah teruja nak makan. Kuang kuang

So sebelum stop sekali lagi nak wish kepada Achik aka Adik dan puan Achik selamat pengantin baru, lengkap melengkapi la antara satu sama lain. Kini dua hati menjadi satu, so jagalah hati yang satu itu dengan kasih sayang, tolak ansur, hormat menghormati dan saling ingat mengingati satu sama lain masa susah & senang... InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Wassalam
.............Pengantin yang tak berapa nak baru bersama anak bujangnya...Auwwww

2 comments:

  1. realiti laa tuuu..sekarang gah pulun start tuk menguruskan bdn balik..susah la nk turun cam dulu...

    ReplyDelete