Sunday, February 12, 2012

Jalan-jalan

Assalamualaikum

Sekarang ni update tetiap hari delay, hahaaa alasan lapok la iyo sebab dok dang.. Kuikui

Pagi sabtu

Teringin nak makan nasi goreng ikan bilis, so dengan semangat yang berkobar-kobar bangun pagi-pagi terus menonong dan duk bersilat kat dapur. Bukak fridge umm nasib baik bahan-bahan cukup... So lepas blend ikan bilis gan bawang dan sedikit cili maka mula laa kerja goreng mengoreng nih, campak udang sikit, tauhu sikit, sayur lak campak kacang sikit dan keret sikit.. Dalam semua duk campak sikit-sikit, last-last mak aikhhh menimbun penuh semangkuk besar..

Tapi ok lah kan boleh semua makan sampai petang,.. Konyang sangat. Alhamdulillah rezeki daripada Allah S.W.T

Lepas siap masak bawak lak MNAS main kereta.. Hah main kejab pastu sibuk dia nak tolak kereta tuhh.. Dah laa tak pakai kasut, kaki ayam gitu jer duk pulun menolak kereta... Bila keteta gerak dan kipas duk pusing-pusing wahh seronok sangat dia.. Mesti dia pelik camna kipas tu boleh pusing ya...sikit hari lagi faham laa tu iya..

Ditengah hari

Lepas dah siap makan dan MNAS dah bangun dari nap pagi terus berdesup ke ttdi kl, ada hal sikit kat sana.. Lepas dah setel kerja kat sana, dah alang -alang kat area situ maka singgahlah 3 beranak ni kat OU. Wah dah macam lama tak pergi OU, dulu gah renovation sekarang dah siap dah.

Banyak kedai yang baru bukak, mcD yang kat ground floor dah takder dah. Dalam banyak kedai yang baru tu, ada satu kedai yang konfem semua orang akan suka especially budak-budak. Dah la kedai betul-betul depan pintu utama, uish pendek kata kalau lalu kat situ memang konfem singgah lah. Dia punyer interior memang cantik, menarik dan memang da boom laa.. Nama kedai ni candylicious.. Fuhh macam2 coklat dan gula-gula duk ada dalam ni dengan packaging yang sangat menarik...penuh warna warni nya.. Nasib baik MNAS jenis yang belum pandai nak semua benda lagi. So selamat laa ayah gan ibu, tapi anak takder apa-apa ibu gan ayah pulak macam rambang mata. Semua benda macam nak beli, dalam duk sabar-sabar tu terambik la jugak selai t-shirt, bekas air dan 3 jenis coklat. Semuanya tuk MNAS laa.. Yang tang coklat jeer tuk ibu gan ayah. So saper-saper yang ada anak yang tengah duk tantrum tu dinasiharkan jangan laa duk gatai nak lalu dan masuk kedai nih.. Kalau tak boleh jadi gaduh nanti... Kui-kui sebab serius nya barang- barang yang duk jual sini memang tempting laa..tapi kalau ada budget lebih apa salahnyer.. Sila laa masuk... Takder jadik hal puyer..

Masa duk jalan-jalan kat dalam OU tu, MNAS telah buat lawak yang memang kelakar seram la jugak.. Bila dah jakan-jalan gini memang MNAS suka sangat duk tawaf sana-sini dalam kedai tuu.. Sesambil jalan sambil duk susun-susun barang yang orang duk cantik display dekat rak-rak tu. mungkin dia rasa susunan tu tak menarik so, dia tolong susun semula.. Haahaaa
Nak dijadikan cerita kelakar seram mi, dalam duk jalan-jalan tu ada pintu keluar yang sebelah kanan dan kiri tu duk ada cermin dan ada pulak patung-patung display baju-baju. So apa lagi MNAS dengan laju nyer jalan kearah patung-patung tuh, tiba-tiba bunyi gedegang... Semua orang duk pandang ke arah cermin tu,, huhuhuu rupa-rupanya MNAS dah terlanggar cermin tu dan dah tergolek dekat patung tuu, ingat kan dia duk pulun menangis laa tapi sebab orang duk pandang, terus dia bangun gosok-gosok kepala dan lari menyorok kat belakang ibu.. Haahaa malu lewwtuu.. cuak gak ibu kot-kot teruk keer..alhamdulillah takder apa-apa..

Haaha lesson untuk kejadian ni ibu dan ayah jangan biarkan MNAS jalan dan main dekat-dekat cermin mungkin dia ingat boleh go through sebab boleh nampak semua benda kat luar kan..

Wassalam






...

No comments:

Post a Comment