Thursday, February 9, 2012

Main basikal

Assalamualaikum

Anak ibu hari ni, bangun-bangun jeer terus senyum jeer tengok ibu dah siap untuk pergi kerja.. Hoohooo suka ibu tengok anak ibu ni happy dahh. Hari ni bangun agak lambat pukul 6.45 pg walhal semalam anak ibu ni tidur awal, lepas magrib jeer dah terlelap dah.

Ni mesti penat main ni.. Petang semalam ibu balik kerja macam biasa laa anak ibu ni layan ibu macam nak tak nak jeer.. Huuhuu merajuk laa tuu tuu...tapi kejab jerr rajuknyaa, lepas tu dah duk gelak-gelak mandi gan ibu..

Hah, petang semalam ibu bawak jalan-jalan naik basikal tengok meow-meow. Wah happy kan main lagi sebab ibu yang bawakkan.. Jumpa cat besar terus tak tentu arah nak turun dari basikal nak bagi cat makan epal... Heehee semua benda yang ada kat tangan kalau boleh nak bagi cat makan...heehee

Lepas dah habis satu round tengok cat, umm time tuk makan lakk. Bawak keluar nasi gan sup ayam makan sesambil main kat luar rumah.. Wah berselera betul anak ibu makan. Suap satu mulut, habis, suap lagi, habis kejab jee, siap nganga mulut lagi siap-siap kalau lambat nak suap.. Clap, clap bagus, bagus ibu sukak,,, biar anak ibu jadi bumbum cam baby dulu.. Heehee. Rupanya MNAS ni suka makan sesambil main dan ambik angin kat luar... Rasanya semua budak suka makan dengan cara cam gitu.. Macam kita jugaklah kan kalau dapat makan tepi air terjun ker, tepi pantai ker, tepi sawah padi yang angin nya bertiup sepoi-sepoi bahasa mesti tak sedar makan sampai berpinggan- punggan kan... Ummm lama nyeer tak pergi picnic dan lamanyer jugak tak buat bbq... Ummm moksu timoh famili jom kita chill reramai nak... Hoohoo g berkelah kat air terjun keer or kita main bakar-bakar ayam, ikan dan sewaktu dengannya... Nak, nak....mesti semua duk angguk-angguk kepala tuuue.. Huuhuu... Jom bila?..yang penang , yang duk kuantan, yang duk kelate dan yang duk kat jaybee tuu sila turun ke kl yaa,,.. Haahaa ngapa kl, sebab kl pusat segala aktiviti... Waakaakaa kaa.

Alamak jauh menyimpang daripada plot cerita asal, kuikui. K, kita sambung lagi lepas dah makan bersuap-suap tuu hah anak ibu ni dah kuat dah terus turun dari basikal then tolak basikal tuh... Tolak basikal bukannya slow siap laju-laju siap langgar pagar n tembok.. Hiuhuu kuat kuat... Bravo, bravo. Kena suap makan kat luar laa tetiap petang macam nih...apa ajeer yaa, asalkan anak ibu nih nak makan...

Stop sini dulu laa coz ada meeting..... Sila laa layan gambar-gambar MNAS main basikal tuu.. Kebetulan pakai baju sedondon gan basikal pulok.. Haahaahaa

Wassalam

No comments:

Post a Comment