Tuesday, February 7, 2012

Sunyi sepi

Assalamualaikum

Semua orang duk senyap sunyi jeer, almaklumlah cuti panjang.. Semua pakat-pakat sibuk kesana sini dan habiskan masa dengan famili masing-masing. Memang best betul cuti panjang macam ni, jalan-jalan kat kl nih lengang jeer. Kiranya tahap stress disebabkan oleh jem ni memang cover laa sepanjang cuti nih..

Cuti panjang kali ni, takde kemana-mana duduk melepak kat rumah jer. Alhamdulillah dapat habiskan masa dengan MNAS 24 jam. Main, makan, golek-golek dan keluar shopping same-same.. Berganda-ganda happy muka anak ibu nih.

04.02.2012 genap setahun 4 bulan dah anak ibu nih.. Dah makin besar dan dah macam-macam pandainya... Makan pun dah makin berselera dan macam-macam. Paling suka tetap makan nasi gan sup dan ikan singgang.

Aktiviti seharian MNAS buat masa sekarang

Pagi
Bangun pukul 6 pagi, minum susu dan start kacau2 ibu or ayah. Korek hidung, korek mata, korek mulut atau pun tepuk-tepuk muka suruh bangun. Selagi tak bangun macam-macam aksi laa dia akan buat, lompat atas perut laa, goyang-goyang badan laa.. Alahai anak ibu nih, punctual betul kalau bangun tidur.

Pukul 7 pagi keluar main basikal sesambil tengok meow-meow. Suka sangat tengok kucing ni. Lagi satu binatang yang MNAS suka tengok adalah monyet dan yang sewaktu dengannya. Ni sebab pengaruh daripada citer ABC Monster. Bila monyet keluar jer mula lah dia gelak dan tepuk-tepuk tangan. Seronok leewtu.

Lepas main basikal masuk rumah dan breakfast. Biasanya makan nestum ker, biskut ker, roti ker, buah ker, fries or nugget sesambil duk layan baby tv. Bila dah bosan tengok baby tv mulalah duk selongkar mainannyer, mainan yang duk simpan dalam bakul satu-satu duk keluarkan. Paling favorite angry bird, dia akan pegang dan usung ke sana sini.

Pukul 10 pagi mandi, minum susu dan tidur. Biasanya belah pagi ni MNAS akan tidur dalam 2-3 jam.

Tengahhari
Bangun tidur dan lepas cuci muka bagai, lunch time. Makan lunch biasanya nasi gan sup or lauk yang berkuah air. MNAS tak suka makan kuah yang berlemak. Bagus dah pandai kira kolesterol ya.. Heehee.

Lepas main main dan sambung tengok baby tv sesambil duk belek-belek buku. Dalam pukul 3 petang tidur lagi.. Gud boy...

Petang
Dalam pukul 5 bangun tidur, minum susu dan mandi.. Lepas tu nak keluar main basikal lagi pusing-pusing taman nih.. Singgah kat taman permainan dan main buaian. MNAS tak berapa excited lagi layan-layan permainan kat play ground ni.. Maybe tak sesuai lagi dengan umur dia kot. Main kejab jer mesti nak suruh dukung jeer. So, tak suka lewtu

Malam

Dinner sama-sama, latih MNAS makan sendiri. 5 minit pertama makan kan main elok jer, suap sendiri. Lepas dah kenyang start masuk mulut 5, 6 biji jeer nasi yang lainnyer tabur kat bawah meja.. Haahaaa gitu lah anak ibu ni tau..lepas makan main-main gan ayah terkekek-kekek gelak.

Kul 9 atau 9.30 dah start menguap dah. So masa tuk tidur.. Minum susu dan terus selamat tidur.. Alhamdulillah gitu lah jadual hari-hari anak ibu ni.. Tak banyak karenah sangat kalau sihat. Senang sangat nak menjaganya..
Belah malam lebih dan kurang 3 kali minum susu. Malam kuat sikit minum susu.

Meow-meow
Buat masa sekarang, MNAS sangat suka tengok kucing nih.. Senyum lebar, tepuk-tepuk tangan sambil buat sound hoohooo bila tengok kucing.

Disebabkan itu, ibu dah mengusulkan kepada ayah tuk bela seekor kucing. Tapi usul ibu itu ditolak dengan reason-reason yang konkrit oleh ayah dan ibu pun bersetuju jugak. Ibu tak boleh berkompromi dalam bab-bab kesihatan anak ibu nih. Oleh itu no cat kat rumah ya sayang...

So sebelum stop, belum terlambat nak ucapkan SELAMAT MAULIDUR RASUL. Semoga kita semua dapat melipat ganda kan usaha untuk beramal soleh dan bersedekah jariah setiap masa. Semoga hari ni lagi baik dari semalam dan esok lagi baik dari hari ini.. Berbuat baik dan berbaik-baiklah dengan semua orang. Bersihkanlah hati kita daripada semua unsur-unsur negatif dan kuatkanlah diri kita dengan amal ibadat dan zikir munajat... Doakan yang baik-baik untuk semua orang. InsyaAllah hati kita akan tenang, setenang air di kali..

Wassalam


2 comments:

  1. Pok nuh potong rambut kah? ooii update ler hari2. ...

    ReplyDelete
  2. Hahaaahaaa, dok dang laa. InsyaAllah akan berusaha untuk mengupdate tetiap hari... Doa doa kan yaaa,,,..farah p penang tak?

    ReplyDelete