Thursday, April 18, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum....

Rindu rasanya nak update citer-citer terkini kat sini dahhh, lama duk bertapa dalam gua akhirnya pertapaan tuu tamat dah... Kikiki, musim kemalasan dan ketak laratan tuu harap - harap choi choi pi main jauh-jauh..

Quick update sebenarnya ni coz takut my little princess bangun.. Yeap, selepas 40 minggu dalam perut ibu ni, finally princess ni mengucap salam pada dunia, pada ibu n ayah, pada abang Nuh & pada semua...
Assalamualaikum sayang.... Penantian dan debaran ayah dan ibu akhirnya terjawab sudah.. Kerinduan ibu untuk memeluk princess ibu ni akhirnya berakhir.

Alhamdulillah, little princess dilahirkan tepat 40 minggu, tanggal 15/4/2013 jam 4.38 pm di DEMC Shah Alam. Suara pertamanya sangat nyaring dan penuh semangat.. Melayang segala kesakitan yang ibu tanggung bila mendengar suaranya dan hilang segala gundah gulana selepas dapat menciumnya buat kali pertama...Alhamdulillah...

Inilah princess yang ibu kandung selama 40 minggu, sentiasa bersama ibu kemana saja ibu pergi... Inilah dia rupa princess ibu... Syukur Alhamdulillah padaMU Ya Allah kerana mengurniakan limpah kurnia dan rezeki ini...

Terima kasih pada semua kaum keluarga dan sobat-sobat semua yang tak putus-putus mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan diberikan keselamatan pada kami berdua...

Wassalam



Saturday, April 6, 2013

Al-Fatihah..

Assalamualaikum

Dah lama gak tak update blog nih, kuar masuk dan tutup jeer.. Takde mood nak menulis. Macam-macam peristiwa sedih yang duk hadap lately. Paling terkesan minggu lepas mendapat berita best friend yang dah agak lama tak jumpa koma seminggu di ICU disebabkan oleh SLE. Kesibukan menjalani aktiviti harian maka takl berkesempatan untuk melawat di hospital. Hajat dihati di hari minggu ni boleh lah pergi melawat, tapi manusia hanya merancang tuhan dah mengaturkan sebaik-sebaik ketentuan terhadap setiap hambanya.. Sahabatku Siti Nurul Huda Ariffin telah kembali kerahmatullah pada tanggal 31/03/2013 jam 1 pagi... Al-Fatihah....

Luluh hati ni bila dapat perkhabaran itu, maafkan aku sahabat kerna tak berkesempatan untuk menziarahimu buat kali terakhir..di usia 35 tahun kau meninggalkan kami semua dengan 3 orang anak-anak perempuan yang masih kecil. Sebak sehhhhh... 2, 3 hari duk mengumpul kekuatan untuk menulis pasal arwah disini. Tapi bila start nak tulis macam-macam perasaan yang datang silih berganti...last2 blog ni dibiarkan sepi sesepi hati ini...

Sahabatku semoga damai dan tenang disana, selepas tabah mengharungi cubaan dan dugaan di dunia ini. Maafkan kami sahabat-sahabatmu yang tak dapat bersamamu ketika kau amat-amat memerlukan sokongan dan kata-kata semangat untuk terus bangkit dan ceria seperti dulu-dulu..

Masih lagi duk teringat kisah kita dulu-dulu...
Hari pertama masuk kerja di UM kita bertiga aku, ko dan ayu sangat ceria bersama... Macam-macam kerja dan aktiviti kita plan dan buat dengan jayanyerr.. Jerih perih tak terasa sebab kita ada each other.. Saling support each other. Ceria dan happy jeer memanjang.. Semua orang dah boleh kenal geng kita ni yang selalu duk bergelak ketawa walaupun baru lepas kena bambu oleh boss.

Sekejapan masa berlalu, ko yang terawal menamatkan zaman bujangmu. Kami semua tumpang gembira dengan kegembiraanmu.. Di majlis pertunanganmu nun di Alor star kedah kami hadiri untuk melihat wajah jelitamu di hari bahagia itu..

Masa begitu pantas meninggalkan kita, tup-tup semua dah ada arah hidup dan keluarga sendiri, walaupun kita dekat tapi terasa jauhnya dan sukar untuk berjumpa dan bercanda ria seperti dulu...sehinggalah mendapat perkhabaran yang sahabatku ini tengah koma dan menghembuskan nafas terakhir meninggalkan kami semua buat selama-lamanya....

Maafkan aku sahabat, tak dapat menatap wajahmu dan menziarahimu buat kali terakhir... Damai dan tenang la kau disana, hanya iringi doa dan ayatul Al-Quran yang dapat ku titipkan buat mu...
Al-Fatihah...

Kepada kedua ibu bapa dan keluarga arwah, semoga tabah mengharungi dugaan ini...

Kepada anak-anak arwah.... Auntie doakan semoga sentiasa menjadi anak-anak yang solehah dan dapat mendoakan kesejahteraan mummy disana...

Titik

Wassalam