Thursday, April 18, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum....

Rindu rasanya nak update citer-citer terkini kat sini dahhh, lama duk bertapa dalam gua akhirnya pertapaan tuu tamat dah... Kikiki, musim kemalasan dan ketak laratan tuu harap - harap choi choi pi main jauh-jauh..

Quick update sebenarnya ni coz takut my little princess bangun.. Yeap, selepas 40 minggu dalam perut ibu ni, finally princess ni mengucap salam pada dunia, pada ibu n ayah, pada abang Nuh & pada semua...
Assalamualaikum sayang.... Penantian dan debaran ayah dan ibu akhirnya terjawab sudah.. Kerinduan ibu untuk memeluk princess ibu ni akhirnya berakhir.

Alhamdulillah, little princess dilahirkan tepat 40 minggu, tanggal 15/4/2013 jam 4.38 pm di DEMC Shah Alam. Suara pertamanya sangat nyaring dan penuh semangat.. Melayang segala kesakitan yang ibu tanggung bila mendengar suaranya dan hilang segala gundah gulana selepas dapat menciumnya buat kali pertama...Alhamdulillah...

Inilah princess yang ibu kandung selama 40 minggu, sentiasa bersama ibu kemana saja ibu pergi... Inilah dia rupa princess ibu... Syukur Alhamdulillah padaMU Ya Allah kerana mengurniakan limpah kurnia dan rezeki ini...

Terima kasih pada semua kaum keluarga dan sobat-sobat semua yang tak putus-putus mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan diberikan keselamatan pada kami berdua...

Wassalam



2 comments:

  1. TAHNIAHHHHHHHHHHHHHH... comel baby...
    selamat berpantang ye... jangan lupa makan ubat jamu.. kasi ramping balik.. uwaaaaaaa best kan dapat baby... kita dah rasa saat tu.. best sangat.. walaupun fiyya dah 3 bulan skrg.. :)

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah..tahniah ye kak!
    maaflah dah lama tak singgah kt blog akak sbb saya agak bz lately ni.
    jarang dpt jengah blog kwn2.
    dah sepasang dah anak akak :)

    ReplyDelete