Thursday, November 20, 2014

Annual Dinner 2014

Assalamualaikum semua..

Hai hoi terlama la pulok duk senyap sunyi. Idea tak mari nak menulis, tak tau nak mula dari mana sebenanya. Kadang-kadang banyak benda nak tulis tapi sebab dah berebut-rebut semua nak keluar last-last tak update2 jugak.

Tahun ni Annual Dinner yang dianjurkan oleh pelajar2 untuk semua staff dan pelajar tahun 1-4 buat kt dewan dalam Universiti saja. Disebabkan banyak kekangan faktor yang menyumbang, semua sebulat suara pilih buat internally jee. Tahun depan la kita buat kat luar pulak.
Daripada dewan yang biasa je, mereka semua berjaya menukarkan menjadi yang luar biasa selepas segala kerja keras dan penat lelah.. Cer tengok apa jadi...

Simple yet stunning... Congrats SDS

Bertemakan Oscar, so ber REd carpet la kite. Wah pelbagai fesyen dan gaya daripada staff dan students melintasi red carpet tu. Semua sporting dan seboleh-bolenya bergaya mengikut tema yang dipilih. 
Students year 1 and DD... 1/3 daripada students year 1, yang lain belum sampai atau pun masing2 duk pulun merakamkan momen-momen indah memasing. 

Students year 2, eh eh abang Nuh pun ada ekkk...

Hana, orang kuat SDS..
Thurka, pun orang kuat SDS... Good job!

Group yang rock & happening, semua top scorer nih...keep it up your good work guys...bila duk ambik gambar dengan depa-depa yang sentiasa aktif, ceria dan energetik ni, diri ini terasa macam student gak... Uweeekk perasan remaja lagi laa nih.. Hikhok

Bersama rakan sekerja, member lunch, member bergosip(sikit jee), member badminton dan member yang tukang carik sponsor kalau nak buat-buat event nih. Makasih korang sebab bagi full support.

Bersama big boss dental, DATUK  and orang-orang kuat fakulti. Semuanya enjoy dengan atur cara malam tu. Walaupun ada hiccups here and there, itu adalah normal, yang paling penting everybody have fun bersama. Dah penat berkerja keras at least one night we have fun bersama. Walaupun Masih banyak yang perlu di improvekan untuk dinner tahun depan, kita semua take notes benda-benda tu.


Anak ibu ni pun kan main lagi duk bergaya dengan tux dan jadi bodyguard aka photographer pulak malam tuh. Ibu naik stage dia pun ikut naik stage jugak, ibu kena panggil perform dia pun ikut perform sekali... Heehee syabas abang, kan main lagi duk berdansa bagai tuh..


Rupanya dah besar anak ibu nih, sporting je sepanjang majlis berlansung. Orang sibuk duk posing dia sibuk duk ambik gambar. Macam-macam gambar duk ada dalam phone ibu nih. Cer tengok pic yang bawah nih, dia lah yang ambik..

Unsur-unsur sabotaj, ibu mana bang? Excited la tu nak capture gambar kakak-kakak cantik nihh. Heehee

Nih lak tak tau dia nak capture apa sebenarnya, table setup or orang tengah buat persembahan? Sampai habis bateri phone ibu dikerjakannya..good experience tuk abang.. Adik tak ikut duk rumah dengan ayah. Hahahah, nanti besar sikit ibu bawak adik jugak ya...

Thank you abang jadi bodyguard ibu.. Heheehee.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment