Monday, December 22, 2014

Melaka oh Melaka

Assalamualaikum

Musim hujan aka musim boh dah, hati-hati kepada semua. Penduduk Kawasan rendah dan kepada mangsa-mangsa banjir banyak-banyak bersabar terutamanya di kawasan pantai timur nun. Ikuti dan follow segala arahan dan maklumat sahih daripada sumber-sumber yang sah. Zaman sekarang ni terlalu banyak lambakan berita dan info yang kononnya sahih tapi hanya lah mainan media sosial semata. Sama-sama lah kita bertanggungjawab dalam situasi begini mengelakkan diri daripada menyumbang kepada menyampaikan dan berkongsi berita palsu dan tidak sah. Lebih alert dan bertanggungjawab guys!! 

Rancangan untuk ke Melaka nih sebenarnya dah lama, tapi asyikk laa tertangguh. Kali ni memang takde rancang apa-apa, pagi tu decide belah ketengah hari berdesup pecut ke MELAKA. Kadang-kadang elok begini, takde nak rancang-rancang bagai jalan ajer.

Kebetulan bonda, kakak dan anak saudara sampai malam tu dari kelate, molek benarlah rasanya sebab lagi ramai lagi best, the more the merrier..

11/12/2014-khamis

Bertolak daripada rumah pun dah dekat 11 pagi dah.. Selangor cuti sempena keputeraan Baginda Sultan. Perjalanan Alhamdulillah semuanya lancar. Lebih kurang pukul 1 lebih dah sampai. Terus teringat asam podas melaka yang femes amous tuhh. Kali ni berkesempatan cuba asam pedas claypot kat Jalan Laksamana. Semuanya kelaparan tak dang nak ambik pic bagai, tambah pulak duk melayan karenah adik Mia. Nak minum nak makan semuanya dia nak. Mungkin penat dan gantuk laa tu..

Lepas dah recharge energy terus berdesut pecut ke area Jonker Walk. Dengar jer nama tapi tak pernah sampai ke sini..


Wah happening rupanya kat sini, macam-macam kedai duk ada tepi-tepi tuh. Macam-macam benda duk ada yang duk melambangkan negeri Melaka ni. Ingat nak singgah tapi susah nak dapat parking dekat yang dekat. Takpe la dah puas hati dapat tengok gan mata kepala sendiri the story of jonker walk cukup laah. Kalau nak lebih explore lagi tunggu anak-anak besar sikit baru sedap nak explore till akar umbi.

Next moh laa kita ke bandar Hilir, tujuannya nak naik river cruise.. Pun dah lama teringin nak cuba. Kali ni Alhamdulillah tercapai.. Tapi sebelum tu kita pusing-pusing dulu Bandar Melaka naik beca yang sangat vas de boom tuu. Meletops semua hiasan beca gan macam-macam lagu duk pasang. Sewa 3 beca,jom kita... 

Adik Mia duk jakum tengok beca tu ada bear kat depan.. Mula-mula relax jeer dia lama-lama dah start menyanyi versi dia pulak. Maybe dia pelik pam pum pam pum sekeliling tuu, takut laa tuu. Nasib baik ada beca boleh bawak mok
Round-round bandar melaka nih. Klau tak jenuh gak nak menapak dari satu lokasi ke lokasi menarik yang duk ada tuu. Banyak jugak tempat dia duk bawa, kincir angin, muzium
Kapal, kapal terbang kemerdekaan, menara taming sari, bandar a famosa, dan berakhir di river cruise. Rm40 satu beca.

Nasib baik pakcik-pakcik ni kuat, laju jer depa ni duk kayuh..bila sampai tempat best depa ni duk suruh turun tuk ambik gambar... Heehee dua tempat jee we olls turun, yang lain jalan pakcik, jalan pakcik..kikiikii

Duk selfie depan kincir angin.. Kena photobomb pulak.. Hihihi

Memang padat betul acara kat Melaka nih, yalah one day trip jee kan so kena gunakan semax mungkin. 
Next jom ber river cruise pulak. Harga tiket untuk Malaysian dewasa rm10 dan kanak-kanak bawah 12 tahun rm5. Cukup murah dan memang berbaloi-baloi. Best sangat menyelusuri sungai ditengah bandar Melaka nih. Kiri kanan sungai memang terjaga ajer pemandangannya. Kalau datang waktu malam lagi cantik rasanya. Next time!
Mok mula-mula tak nak naik, sebab takut katanya. Tapi lepas pujuk ok dan happy jee dia. Sporting sangat, love u mok..
Kak fiqah second time datang melaka tahun nih.. Tahniah sebab dapat 5A! Hadiah nanti yaa.. Jadi pemandu pelancong hari tuu..

Lama jugak pergi dan balik river cruise ni, kiranya puas hati sangat laa.. Adik sempat lagi tertidur, best laa tu angin sepoi-sepoi bahasa duk bertiup..lepas tu lepak dan berehat kat surau tengah-tengah bandar tuu. Nama surau lupa sudah.. Memang praktikal sangat ada surau yang super cantik dan bersih kat situ.. Recharge energy kejab, sesambil berehat... 

Next pit stop adalah UMBAI, kalau datang sini tak singgah kat umbai rasa cam tak complete jeer. Sebelum ke Umbai singgah sekejab kat pasar sebelah menara taming Sari tu.. Mok request nak shopping sikit...

Sampai kat UMBAI gam-gam azan magrib, so singgah dulu solat kat masjid depan tu, ambik kesempatan mandikan adik gan abang bagi segar sikit. Lepas tu apa lagi serbu ke kedai Parameswara tuu. Nasib baik sampai awal orang pun tak berapa ramai lagi.. Enjoys betul makan seafood yang fresh dengan harga yang berpatutan.. Alhamdulillah, semua happy dan puas hati..

Melaka memang awesome..

Wassalam

No comments:

Post a Comment