Thursday, February 28, 2013

Lunch @ Tropicana Golf Club

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi dah ada orang duk buat mak buyong nih bengang...Huuuhuu macam-macam laa ragam orang-orang kat sekeliling kita ni ya. Bila dah bengang laju je buat keja, nah sekarang dah setel buat keja so adalaa masa sikit nak mengupdate blog yang dah 8 hari takde khabar beritanya. Lepas lunch baru bz balik ada kelas sampai laa pukul 5 petang. Bila kita tak puas hati rupanya kita lagi produktif yeea. Tengok jugak kot, apa kes dan jalan cerita nyeer yaa.

Cerita last week jugak baru ada masa nak terkedek-kedek duk ketuk keyboard nih. Cerita makan-makan lagik, favorite story sebenarnya tuuh tuk distorykan disini..hehhehe. Awal tahun sempena tahun baru pulak tuh boss siap nak belanja lagik semua staff. Alhamdulillah we olls apa lagik memang macam orang mengantuk disorokkan bantalkan ajeer.. semua pakat-pakat setuju laah walaupun bz ke apa kan..Itu tolak tepi kedian-kedian keja tuh bole disetel dan dibereskan..

Sehari selepas party new year kat ofis (jangan salah faham ya, coz party new year di anjurkan oleh company) and lunch ni pulak di belanjai oleh our own boss). hehhehee kalau pening disitu abaikan lah yaaa..tak masuk exam pun sebenarnyee. kuikuikui

Kiranya hari khamis 21/02/2013 lagi sekali makan-makan time.....tapi kali ni dalam skala yang kecil laa just between us. Adalah kot dalam 40 orang but still happening. Semua orang duk happy menjamu selera dan enjoy dengan seleksi menu yang dihidangkan kat sini. Menu of course chinese food, ya laa kan still dalam mood gong xi fa chai kan. Wah memang tersandar kekenyangan masing-masing especially mak buyong ni lah semua benda nak makan last-last full tank dah tak ada ruang nak diisi, hehehheheh.
Meh kita check it out menu-menu yang ada..Overall makanan kat Tropicana Golf Club ni sedap sangat...

Baru sampai semuanya duk teruja nak menjamu selera, dah kosongkan perut dari pagi lagi nih..hehheheheh kononnyee laa..disambut dengan cold chinese tea.

First dish, Yee Shang.. lets ber yee shang together yeea

Yee Shang time, happy and enjoy together. Semoga setiap orang dilimpahi dengan kemewahan, diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu. dak mau gaduh-gaduh

Second dish, dihidangkan dengan shark fin soup..Ooh sian kat shark tuu yaa..ummm tapi sebenarnya crab soup. hehhehehhe, masing-masing laju je makan yalah kan baru second dish. dap dap dap

Next dish ayam masak bbq rasanya..Tapi tak sempat nak sebab terlampau bz mengunyah dan menikmatinyaa.. boleh laa nampak sikit ayam tu selepas ditransfer ke plate yang lagi kecik coz masing-masing dh tak larat nak habiskannya, Almaklumlaa 10 orang kat table ni semuanya pompuan yang bukannya heavy eater pun..Dah masuk dish ketiga nih pace pun makin slow..huhuuu, lepas tu diiikuti dengan butter prawn. Sedap jugak, hah yang ni berjaya dengan jayanya dapat mengosongkan plate tuuhh. Alhamdulillah

Next hidangan vege brokoli, mushroom, abalon, tauhu dan apa lagi yea..sudah lupa disitu.. ni favorite dish. Mak buyong makan banyak dish ni, kena gan selera nih. see masih nampak ayam tu, still tak leh habis lagik...Dish ni pun licin jugak sekejapan saja, semua suke.


Pastu nasik goreng, hah masa ni masing-masing dah perut ketat dah. Just cuit-cuit jee sikit sorang pastu pass kat meja sebelah yang semuanya lelaki... kiikiii

Last dish pencuci mulut.. Tak tau apa nama kuih nih, tapi bole tahan jugak sedapnyaa.

Sebelum balik jom kita ramai-ramai bergambar dengan boss yang sangat baik hati membelanjai kita hari nih...TQ so much Datuk, Kitaorang happy dan kenyang sesangat dapat makan sama-sama kat sini. Lain kali boleh lah belanja lagi..hehehhehehhe, Datuk senyum jeee.

Sekian laporan makan-makan sedunia..

Wassalam.

1 comment: