Thursday, February 14, 2013

Langkawi 1

Assalamualaikum

Baru jee habis lunch dengan rakan seofis, ada lunch treat daripada mereka-mereka yang dapat banyak bonus tahun ni.Alhamdulillah terima kasih daun keladi, next year belanja lagi ya..Menu utama lunch hari ni adalah nasi arab, berlaukkan kambing dan ayam dan macam-macam lagi makanan lah duk ada. Kenyang sangat mak buyung nih, makan sampai takleh bangun.. Kikiiii buruk perangai yeaa...Hahaaahaa, takada laa sekarang ni space perut dah makin kurang so makan sikit pun dah rasa se'eh. Makan sikit borak-borak dan makan lagih tuu yang sampai se'eh dan se'kok jadi nyeer.

Makanan dan hidangan yang macam-macam tu pun tak sempat nak snap, coz semua orang dah duk kerumum meja. Malas nak duk bersesak-sesak ambik pic bagai (hehhehe sebenarnya dah tak sabo nak makan). Minggu ni masuk ofis aman damai dan sunyi jee rasa sebab ramai rakan-rakan ambik pelaung untuk bercuti panjang. Parking lot pun banyak jee yang kosong. Boleh je sesuka hati nak park kat mana. Walaupun ramai bercuti tapi semangat kerja kena diteruskan sebab daripada rabu hingga jumaat(esok) meeting non stop. so, kena ready mental dan fizikal kalau tak mahunya tertidur-tidur masa meeting nih...hehheheheh

Back to cerita Langkawi, trip 3 hari 2 malam nih memang tak dirancang sebenarnya. Last minute punya plan memandangkan tahun lepas tak ada pun kemana-mana untuk bawak MNAS bercuti, memandangkan tahun ni pulak tak lama lagi ibu pun dah nak meletup dan kena tunggu ibu habis pantang dan adik besar sikit barulah boleh plan nak kemana-mana. So disebabkan faktor utama tu laah ku gagahkan diri jugak untuk pergi bercuti walaupun sebenarnya badan ni dah tak larat sangat dah. Alhamdulillah semuanya dipermudah kan dan dilindungi olehNYA. ALHAMDULILLAH. Semua bilik hotel di book last minute, rezeki masih lagi ada dan dapat bilik yang best, hotel yang best dengan special price.. ALHAMDULILLAH

Bertolak daripada Shah Alam pukul 3.30 pagi hari sabtu, ingat boleh skip jem. Tapi be Malaysian kalau ada any festive season memang jalan raya jem semedang ajee. pukul berapa pun kita merancang perjalanan jalan tetap lah penuh tapi takada lah jem sampai takleh bergerak lansung... bergerak laa tapi tak bole laju sebab kereta banyak sangat. Itulah uniknya kat Malaysia ni yeeaa..Tak kira lah apa perayaan pun mesti semua orang bergumbira menyambut nyaa.

Sampai di Kuala Perlis lebih kurang pukul 9.30 pagi. Tuuu diaa ramainya umat manusia, kereta berderet-deret dan yang paling best nak beli tiket feri pun kena beratur panjang. What to do, memang kena beratur jugak lah walaupun bersesak-sesak dan berpanas-panasan. Lebih kurang 45 minit beratur akhirnya dapatlahh tiket feri starcity yang diidam-idamkan nih, dapat trip yang pukul 1 petang.

Semua orang duk kerumum kat kaunter feri tuh..Sesak sangat..



Berlingkar-lingkar barisan tu kat tengah-tengah panas (nasib baik panas pagi lagi, kalau panas yang tengah hari maunyee ada yang pengsan nih). Kaunter tiket pun dekat open space takada air-cond just kipas ajee. Kiranya angin kipas tu lansung tak dapat rasa laa coz ramai sangat orang. Jeti Kuala Perlis ni kena di upgrade lagi lah buat sistem yang lagi sistematik, mungkin tengah dalam perancangan kot coz dapat tengok macam dalam peringkat renovation lagik. Harapnya di masa depan it will be better sebab Langkawi ni salah satu pusat pelancongan yang menjadi tumpuan orang ramai tak kira warga Malaysia sendiri dan daripada pelancong asing.


Bila nak naik feri pun kena betul-betul alert sebab tak sure yang mana satu feri kita, kena tanya petugas-petugas kat situ kalau takut ditinggal dek feri nih... Agak kelam kabut sebab semua orang duk sibuk kehulu kehilir duk carik feri dengan duk tarik beg masing-masing. Sesapa yang ada anak kecik memang kena extra cautious takut depa ni duk main kat tepi jeti tuu dan takut jatuh dalam laut pulak.


MNAS macam biasa bila tengok jeer feri datang tak sabar-sabar dah nak naik. Bila dah dapat duk dalam feri tuu kan main lagi duk suka.. Pertengahan jalan MNAS akhirnya kalah jua.. Tertidur jugak dengan lena nyeer. Ibu duk usik-usik pun lansung tak sedar.

Dalam pukul 2.30 petang Alhamdulillsh sampai ke jeti Kuah. Dari jauh dah nampak sang Lang yang femes ituuu..
Bila dah sampai kat Kuah tu benda wajib yang perlu buat adalah carik kereta sewa. Nasib baik ayahnya MNAS dah buat booking masa kat jeti Kuala Perlis tadi. Kalau tak memang kena menapak laa jawabnya sebab almost kereta sewa semuanya fully booked. Harganya jangan cakap laa kan jauh beza dengan hari-hari biasa gan musim cuti sekolah. Almaklumlah sekarang ni kan musim cuti umum..

Bila dah dapat kereta cepat-cepat pergi check in hotel sebab badan dah penat sangat dah.. Nak kena mandi segarkan diri dan lunjurkan badan yang dah terasa sengal sana sini dahh.. Makcik doh tuo..

Sambung kedian laa citer seterusnya...

Wassalam

No comments:

Post a Comment