Friday, December 6, 2013

Hulurkan tangan...

Assalamualaikum

Bila dapat berita yang ramai sahabat dan saudara kita di belah Kemaman, dungun,kuantan, johor, kelantan dan banyak tempat lagi menjadi mangsa banjir rasa macam nak pergi hulurkan bantuan untuk meringankan beban depa ni. Nak tolong keringat memang tak dapat laa yaa, tapi macam-macam cara lagi kita boleh tolongkan.. Sama-sama laa kita menadah tangan supaya mangsa-mangsa banjir ini selamat, tabah dah bersabar di kala ditimpa bencana ini. Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan boleh laa berbuat demikian kerana ada individu dan pertubuhan yang sedang giat melancarkan tabung kemanusiaan untuk menolong mangsa-mangsa banjir ini. Salah satu pertubuhan yang kita bole salurkan sumbangan adalah seperti yang kat atas tu, boleh dapat segala info lanjut dengan menelefon ke nombor seperti yang tertera. kawan seofis dan rakan2 doktornya yang aktif dalam menjalankan operasi kemanusiaan ini..Alhamdulillah, marilah kita sama-sama menghulurkan tangan tuk menghilangkan beban mereka yang sedang ditimpa bencana.

Wassalam

No comments:

Post a Comment