Monday, May 14, 2012

Canting batik & rumah lama

Assalamualaikum

Minggu baru semangat baru...semangat sentiasa kuat, sebab mau lawan apa-apa jua anasir luar yang cuba untuk menganggu gugat kewarasan fikiran kita..Hidup kena diteruskan dan hati kena kuat dalam melalui hari-hari mendatang. Jangan biarkan orang lain menentukan hala tuju hidup kita...

Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar...InsyaAllah


Hujung minggu berlalu dengan bermacam-macam agenda yang best-best..apa lagi yang best, selain dapat berkumpul bersama keluarga sambil makan-makan dan cerita tentang semua perkara. Keluarga amat penting dalam hidup ini, dapat berkumpul dengan mereka(ya, kamu) membuatkan segala stress, masalah dan segala aura-aura negatif dapat di positifkan..kiranya menjadi terapi diri di kala rasa diri terlalu penat dan rasa tidak berdaya.. Alhamdulillah kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang begitu memahami dan sedia menghulurkan tangan bila-bila masa tanpa meminta sebarang balasan..Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah..
Mukadimmah selalu panjang lebar, bukan apa di ruang ini bebas nak tulis apa saja yang tersirat dan terurat tersurat dalam hati...

Just nak tepek kat sini gambar-gambar yang masih berbaki masa balik kampung hari tu..
gambar kak yah tengah mencanting batik kat rumah lama...Banyak nostalgia tersimpan kat rumah nih, suka-duka membesar di rumah nih.. Dulu rumah ni segalanya, tapi sekarang lepas dah dekat lebih 5 tahun tak duduk di sini, semuanya nampak usang dan uzur benar, sana-sini berlubang-lubang..sedih...Nasib baik sekarang kak yah jadikan rumah lama ni sebagai tempat mencanting dan menconteng batik.. InsyaAllah satu hari nanti bole di transform jadi kilang batik pulak.. Siapa tahu kan...

salah satu bilik..kayu-kayu sudah semakin mereput

Ruang menuju ke dapur yang semakin dimakan anai-anai

Semuanya tinggal sebagai kenangan terindah, tapi sekarang sedih bila naik ke rumah ni, banyak kenangan-kenangan dulu terimbas satu persatu..disetiap ruang tersimpan 1001 memori..


Wassalam

No comments:

Post a Comment