Thursday, May 31, 2012

Tasik shah alam

Assalamualaikum


Khamis (31 mei 2012)
Hari ni hari tanpa tembakau sedunia.... bagus diwujudkan hari tanpa tembakau sedunia nih..kalau boleh kita pakat praktiskan hari-hari hidup tanpa tembakau..mesti hebat kan, sana-sini dah tak nampak lah orang merokok di tempat-tempat awam nih dengan asap berkepul-kepul yang mana tak pedulikan sensitiviti orang lain yang tak suka dengan situasi nih....ummmmm, pada ibu bapa tunjukkan contoh tauladan yang baik kat depan anak-anak..Jangan duk merokok depan anak-anak atau pun kat dalam rumah. Lagi elok sekiranya berenti terus dari merokok nih, jimat duit dan badan pun lagi sihat dan kuat. Kita perlu didik generasi muda supaya benci kan rokok ni, benda ni kena mula daripada baby lagi...so ibu bapa jom kita semaikan disanubari anak-anak kita supaya bencikan rokok dan orang-orang yang merokok nih....teettt teeet

Bz melampau lately, beban keja dah makin menimbun-nimbun.. Tiap-tiap hari ada meeting... Blaa blaaa n blaaa.stok seminggu satu kali update blog... tambah parah yang tukang buat keja 2,3 orang jer yg lain tukang duk gebang jeer dan selalu nak culas nak buat kerja... Semua tak tau, tak tau n tak tau... So apa yang tau? Duit gaji tau pulak nak banyak-banyak, tapi kerja nak ciput jeer.. Adoi yaaa, tak faham betul...

Kalau fikir pasal kerja dan kerenah orang kat tempat kerja memang boleh jadi stress dibuatnyer...apa tu orang cakap, stress yang tak berfaedah sebab orang lain yang perangai macam budak tak sekolah pastu kita pulak yang kena hadap stress tuu..ummm, not good not good tuk kesihatan dan awet mude...nanti muka cepat berkedut dan cepat tuee kalau stress-stress nih...so marilah kita ignore orang-orang yang perangai cenggini dan kita buat kerja kita sudah dan tak payah nak baik sangat dan tolong dengan orang yang perangai macam ni yang memang tak nak tolong diri sendiri pun....

umm tapi selalunya bila kita nak buat tak tau dengan orang-orang perangai macam ni, tapi dah tak tau kenapa kita memang tak boleh nak lari dari depa, lagi kita ignore lagi nak dekat orang-orang cenggini dengan kita...umm bila difikir-fikir ini adalah ujian daripada Allah untuk kita supaya lebih bersabar dan pandai untuk menanggani orang-orang cenggini....Tak apa lah kita teruskanlah berbuat baik dan menolong orang lain sebab itu pilihan kita sendiri kerana kita tak nak jadi macam mereka tuu yang hanya pandai berdrama setiap masa. Teruskan lah berdrama yaaa, aku tarakkk kisah...i dun care pung.

Sabtu (26/05/2012)

Agenda sihat di hari sabtu diteruskan kali ni tukar venue pulak.. tak ada lah jauh sangat pun daripada rumah hanya 15 minit jeer dah sampai ke Tasik Shah Alam nih, kalau yang tak tahu tasik ni kat depan Kompleks PKNS Shah Alam. Hahaaa poyo jee, rasanyaa semua orang dah tau kottt, mungkin empuyer diri nih jee yang masih terkial-kial mencari jalan dan tempat-tempat kat Shah Alam nih.. Walupun dah setahun lebih duk kat Shah Alam ni tapi boleh dikatakan 80% jalan dan tempat-tempat belum fasih dan mahir lagi..hoohooo (pengakuan ikhlas tuuu)Kiranya memang tak boleh nak redah gitu jeer laa kalau nak pergi mana-mana sendiri, mesti kena buat research dulu baru ok....hehehehee

Sungguh mendamaikan suasana dipagi hari....tenang dan aman. yo peace..

Jom lah kita melayan gambar-gambar MNAS berjogging di Tasik nih,,,heran betul ibu dengan MNAS nih sebab tak suka sangat duk main permainan yang ada kat taman nih, ada gelongsor, buaian dan macam-macam lah..main kejab jeer pastu dah start nak jalan-jalan tengok burung laa, flamingo laaa..umm MNAS ni lebih tertarik dengan alam semulajadi buat masa sekarang...harap-harap dapat dikekallah sampai besar, nanti kita pergi bekelah dan buat bbq kat tepi air terjun ya sayang..nak tak....nak, nak, nak.. Boleh ajak cousin2 semua yaa,,...boleh mandi-manda sambil makan-makan..ouhhhh besttt tuuuu, dah lama tak berkelah kat ulu yam tuuuu....ummm korang nak keeeee? hehehehhe, tapi kena beli swimsuit dulu...


Mula-mula semangat anak ibu nih, berjalan laju jeerr..

tengok tuuu puyer laa jalan laju sangat sampai tertinggal ibu kat belakang,,,hehehe pandai pulak ya duk tunggu ibu
Ni dah start nak explore alam semulajadi, dah mula nak jalan kat luar trek dahhh..ummmm jangan nak terjun tasik sudah laah sayang yaaa..nak explore, explore lah, ibu kasi green light..ayah tak nampak tuuu..heehehee

Bila dah sampai kat jambatan, sibuk nak tengok ikan dalam air pulak..ikan tak banyak timbul lagi lah sayang, mungkin depa gah tidoo lagi tuu...

Ni lah rupa tasik Shah Alam yang cantik sangat, sesuai untuk bersantai-santai dan beriadah kat sini...

Lepas dah penat berjalan, kita minum duluuu..

Memang layan betul lah duk pulun minum air ribena tuu, ibu mintak sikit pun tak nak bagi..

dan lagi dan lagi...

Bila dah habis minum air, dah rasa penat kot dah minta dukung pulak..umm jauh jugak anak ibu ni jalan satu tasik Shah Alam tuuuu..hebat tuuu, tepuk-tepuk..

Canti betul pokok-pokok kat tasik nih, rendang jeer dan membuatkan suasana kat sini sangat redup dan sejukkk jee..umm macam nak baring jeee..kat belakang pokok tuu duk ada sampan/perahu siap dengan pendayungnyerr..klasik betul..


Tak puas nak jogging lagi, takpelah hujung minggu ni kita datang lagi ya sayang...harap-harap tak sesat jalan daaaa menyimpang ke kompleks PKNS sudah laa, itu jogging lain laa namanyeerr..haaahaaaa
Wassalam
p/s: Dah hari terakhir dalam bulan mei nih, cepatnya masa berlalu. sudah setengah tahun kita melalui hari-hari dalam tahun 2012 nih...Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku, keluarga ku, saudara-mara ku, sahabat handai ku dan seluruh umat muslimin dan muslimin. Murahkanlah rezeki kami, limpahkanlah kasih sayang antara kami dan jangan ada benci serta sengketa antara kami semua..AAMIN.

6 comments:

  1. As'KUm tq so much sebab sudi meninggalkan jejak yaa.. dah follow sini :))

    Comelnya anak ibu... handsome...!

    ReplyDelete
  2. tq kak shariah.. jemput datang lagi ya..

    ReplyDelete
  3. wah tasik shah alam......sy blaja uitm tuh 2 thn.asal nak pg berjogging kat tasik jer mesti tak jadik sebab bau kfc kat pkns tuh kuat sgt.

    ReplyDelete
  4. Haaahaa tuu laa pasal, byk godaannyeer klu lalu kt pkns tuu..

    ReplyDelete
  5. nice picture dan tempat yang anak² pasti suke, nak² yang baru dpt kaki...memang sure tak duduk diam, berjalan jer...comey anak ibu.

    ReplyDelete
  6. tq ummi coz sudi melawat....jemput datang lagi yaa..

    ReplyDelete