Friday, June 1, 2012

Mari kita main...

Assalamualaikum

Bulan baru dah hari ni..cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik ditambah dengan kebizian dengan urusan dunia yang tak habis-habis. Memang takkan habis lah kan hingga kita menutup mata...

Hari yang selalu ditunggu dalam seminggu nih, bila tiba jumaat hati dah perasaan jadi lain..tak tau macam mana nak describe..ummm perasaan yang indah, damai jeer rasa dan dalam hati rasa berbunga-bunga riang. Semangat pun rasa lain, enak betul perasaan itu...Biasanya jumaat ni agenda kat tempat kerja pun tak heavy sangat, hanya kes yang ringan-ringan jeer tapi tengok keadaan jugak. Macam hari ni pagi-pagi lagi dah ada meeting yang memerlukan brain storming dan perdebatan yang hangat untuk nak menyiapkan sesuatu kes tuu..ummm tak boleh disudahkan jugak selepas sejam setengah meeting so sambung lagi lah minggu depan..ooohhh, bila masa nak buat kerja sendiri ni yang duk menimbun-nimbun tuu...

Ummm, lately ni tuan empuyer diri banyak duk komplen pasal kerja, stress laa tuuu yang mana tak bagus sebenarnya...tengah cuba untuk nak carik solusi terbaik untuk tidak menjadi stress dan cool sokmo...Cuma selalu fikir kita buat kerja dengan ikhlas mesti semuanya akan berjalan lancar....Kalau ikhlas zero komplen laa...ok itu satu terapi yang bagus jugak untuk pengurusan stress nih...ikhlas dan no complaint, titik.

Sambung kembali dengan aktiviti anak bujang ibu nih.
Ahad (27052012)
Tak ada pelan kemana-mana cuma duduk melepak kat rumah ajeer. belah petang baru lah keluar kejab carik tiket bas kat seksyen 17 Shah Alam sebab ada orang tuu nak balik kampung. ooo sonok laah balik kampung..boleh kirim MNAS sekali tak? Haaahaaa...

Bagus jugak ni boleh menyelam sambil minum air nih... hahhaaa boleh belajar jalan macam mana nak ke sana. Tapi kenapa kat Shah Alam ni banyak sangat bulatan nyer ya? konpius laaa eden...dah laa perangai dari dulu lagi malas nak baca signboard...umm payah betul laahh..Haaahaa tapi kali ni rasa dan konfiden dahh rasanyeer dah tau dah macma mana nak pergi sana...senang laah nanti nak ambik sapa-sapa yang datang sini..Lala laaalaa, cheh sedikit berlagak disitu..hikshikh

So sepanjang jalan pergi MNAS macam biasa laa kalau naik kereta kak Yunie yang bawak dia akan senyap jeer..apa orang cakap juruss jee..kejab-kejab pandang kak Yunie, kejab lagi pandang kak Yunie...Tapi bila Kak Yunie turun jee daripada kereta pergi beli tiket terus dia melompat ke tempat driver tuhhh..hahah dengan tersenyum-senyum duk pulas stering tuuhh...gelihati betul ibu tengok karenah MNAS nih..Boleh dia duk kontrol diri tuu.. bila ada peluang jee hah apa lagi terus ZASSS, terjahhh..

Hah ni gah berangan feeling jadi driver lah tuu,, apa lagi yang dia nak godekk tuu..
kan main lagi duk pulas stering tuh, tapi mata tak pandang kat jalan pulak, ishhh bahaya betul kalau macam ni, nih sayang..
dah penat bawak kereta, duk sibuk pulak nak bukak kasut sendiri...
Lepas habis urusan dekat stesen bas tuu, bertolak lah balik tapi ikut jalan lain pulak..rasanya ikut jalan ni lagi senang..Ikut jalan depan jakel dan uitm tuu..umm pemandangan kat sini pun walllah..banyak nyerr kedai-kedai duk ada tuk shopping dan makan-makan nih..bagus,bagus, saya suka, saya suka(gaya Mei-Mei, Upin & Ipin)...Terlalu pulak depan pizza so apa lagi singgahlah untuk membasahkan tekak yang duk kering dah nih...Dekat sebelah pizza dan kfc tuu memang ada playground.. Sementara nak tunggu makanan sampai bawak lah MNAS main kat situ..Biar dia belajar untuk suka main gelongsor dan sewaktu dengannyer ni pulak..umm macam biasa MNAS lagi banyak tengok kawan-kawan lain yang duk main daripada dia main sendiri.. Mungkin dia takut lagi kot, untuk explore mainan-mainan nih...
Bila letak kat atas mainan yang henjut-henjut nih, muka dia terus berkerut sambil mulut bising nak suruh angkat...huhuuuhuu tapi ibu biarkan saja..nak tengok apa tindakan dia.


Bila ibu tak layan dia nak suruh angkat, hah mula lah carik akal nak turun daripada mainan nih..

masih mencuba untuk turun.....


Bila angkat dan letak pulak dekat gelongsor, muka dia happy sangat..dah berani la tu nak slide ya...
Berani dalam takut tuu...

Tengok tangan dia bukan main kuat lagi pegang gelongsor tuhhh...umm gayat kee MNAS nii?



Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang..Hujung minggu ni ada 2 kenduri kawin yang nak kena pergi.. satu kat perak dan satu lagi kat kelang, hari yanng sama pulak tuuu...Nampak gayanyerr dapat pergi yang dekat ajer laa yang jauh kita pos hadiah pun aci jugakk kannn...haahaahaa

Selamat pengantin baru my dear friend RAHIMATUN dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, AAMIN.

Wassalam

No comments:

Post a Comment