Monday, June 11, 2012

Masterchef selebriti

Assalamualaikum

Ahad (10.06.2012) Selamat makan tengah hari dengan keluarga tersayang. Apa menu istimewa hari ni ya? Wah hari ni mesti extra istimewa ya sebab semua ahli keluarga berkumpul reramai. Esok dah start sekolah balik, mesti rumah dah kembali sunyi....

baru jeer habis lunch, tak ada menu fancy pun just makan gulai kawah kenduri, kerabu mangga dan goreng ikan kering talang.dap, dap.... Menu macam tu pun, siap bertambah-tambah. Terbabas diet hari nih.... Huhuuu takpee lah rezeki yang datang tak elok dibiarkan begitu jeeer..haaahaaa so baik kita belasah jeee... KikiiiKerabu mangga tu sebenarnya terpengaruh dengan blog masakan kawan-kawan nih...kebetulan mangga muda duk ada kakak ambik dari kampung so apa lagi, baik buat kasi habis terus. Kalau dibiarkan, alamaknya busuk dan buruk gituuu jeer lah.. Puas hati dapat makan kerabu mangga daripada kampung halaman nih... Terubat sikit rindu kat kg halaman ni.

Wah mukadimmahnyer panjang berjela pulak, heehee sebenarnya nak citer program yang duk suka tengok sekarang ni masterchef selebriti. Memang suka lah, daripada 1st masterchef Malaysia lagi duk follow. Seronok tengok semua yang masuk program ni ni berbakat dan kreatip.. Setiap cabaran yang diberi semuanya dapat dibereskan dengan kreatif dan inovatif. Dulu suka tengok kak shariah memasak sekarang suka baca blog akak pulak


Masterchef selebriti ni seronok dan tertunggu-tunggu nak tengok sebab macam-macam ragam dan drama setiap episod. Mereka ni semua memang ada bakat memasak, bagi saja apa cabaran dan menu mesti hasilnyeer pun kababom dengan nama menu yang kababomm dan kreatif..Presentation makanan pun cantik dan menarik...umm Tomok pun boleh masak laa, bila dah ada program macam ni baru kita tahu selebriti-selebriti kat Malaysia ni memang boleh memasak dan tidak canggung di dapur. Kalah orang-orang biasa termasuk lah diri sendiri..wooo woooo..sob sob..


source: astro

Sekarang pada pandangan mata seorang yang tak berapa nak reti memasak ni, peserta favorite adalah Dato Fazley dan Angah. ummm Farouk Hussein pun ok gakk.. Dorang ni cool jeee, tau-tau dah siap menu-menu yang best-best.. Nampak dalam tv best laa, mesti rasa dia pun best jugakk kan..


source: astro

Malam sabtu hingga selasa setiap pukul 9 malam memang terconggok laa depan tv, nasib baik MNAS selalu tido awal, good boy. Tapi kadang-kadang tunggu punyer tunggu depan tv, alih-alih tv yang duk tengok kite..haahaaa, sedar-sedar dah habis dah...aisehhh.. dah semangat dah duk tunggu ni, tapi mata ni tak boleh ditahan-tahan daa.. kalah jua akhirnyeee..

Lepas lunch semalam duk tengok ulangan episod malam sabtu hari tuu, tak sempat nak tengok sebab ada hal..siap ada tema euro tuu..kiranya demam bola pun melanda masterchef jugakk..hahaha bagus betul ada benda-benda maca ni. semua group berebut-rebut nak dapatkan bendera kesukaan masing-masing. Haahaaa, sampai Soo Vinci pun kompius..


source:astro

Semalam siapa yang terkeluar ya? Serina ke?awal-awal dah terzzz depan tv, so miss lagi laaa..Adoiii...
source:astro

Selamat memulakan minggu baru dan selamat bersekolah semula buat anak-anak dan adik-adik yang semangat nak pergi sekolah hari ni, selepas 2 minggu bercuti..

Wassalam

4 comments:

  1. x pernah tgk masterchef sbb xde astro. bkn sbb x minat nk langgan, tp disbbkan jarang ade kt rumah. so, rugi la klau langgan tp x tgk. hehehe

    ReplyDelete
  2. Sue-Rya Qistina: yalaa kalau jarang ada kat rumah memang rugi laa, channel biasa pun tak tertengok yaa..Bila dah ada anak ni, dah takada masa dah nak follow benda-benda ni ya...

    ReplyDelete
  3. Tq so much dear kerana minat pada akak dan suka pulak baca blogs akak yaa.. tq so much.. keep in touch yaa... tak nak cuba masuk ujibakat Masterchef musim kedua ke.. hehee.. kak sha sokong 200%

    ReplyDelete
  4. Haahaa kalau saya masuk ujibakat masterchef ni, blum apa2 juri yang surrender..kikiii suruh masak lain jadi menu lain pulak...haaahaaa, ni baru tengah duk cuba2 nak berjinak-jinak kat dapur kak sha. Masak hari ni, minggu depan dah luper dah menunyee kak... Ummm mcm mn nk msk masterchef mcm tuu... Heehee.

    ReplyDelete