Friday, May 11, 2012

Bersabarlah dan berbuat baik kepada semua ...

Assalamualaikum

Heboh sana-sini orang duk cerita pasal ibu yang duk dera anak kat dalam you tube tuu... macam-macam versi duk dengar n semuanya duk kutuk ibu tu yang tak ada hati dan perasaan duk sanggup pukul dan tendang anak sendiri...ooohhh sedih betul dengarnya, dan dan yang paling sedih walaupun baby tu kena pukul dan tendang dengan maknyer tapi dia still duk merangkak pergi kat mak dia...ooohhh, sedih woooo dengarnya, seorang anak yang masih tak tahu apa-apa dan tersangat suci tuuu, walaupun sakit kena belasah teruk oleh maknyaa tapi dia tetap pergi kat mak dia dengan harapan mak dia dukung, cium dan peluk dia....tapi sebaliknyaa...


Stress betul aku dengar citer macam ni, sampai kesudah tak sampai hati aku nak tengok video tuuu...sebab kalau tengok konfem lepas tu akan rasa lebih stress, depress dan sedeh sangat-sangat. mesti mood spoil dan akan meroyan tak tentu pasal nanti. harapnya mak baby tu dah insaf dan muhasabah diri dah.. dan lepas keluar nanti harapnya tebus balik apa yang dah di buat kat anaknya tuuu...sayangi lah anak itu dengan sepenuhnya dan berilah kasih sayang yang sewajarnya.


Jumaat datang lagi, Alhamdulillah harapnya semua orang di luar sana mempunyai hati-hati yang suci dan berbaik sangka pada semua orang. Jangan lah ada sifat dengki, jeles tak bertempat, berdendam dan busuk hati antara sesama kita. Jangan simpan sedikit pun perasaan amarah di dalam hati sebab lama-lama amarah itu akan menjadi dendam. Bila dah menjadi dendam macam-macam tindakan luar kewarasan fikiran akan dilakukan. Sentiasa lah berbuat baik antara sesama kita tak kira siapa...jangan pulak depan baik sangat bak kata pepatah pijak semut pun tak mati...tapi kat belakang macam-macam kita buat sebab nak tengok orang tu jatuh dan menderita....Apa jua yang datang pada kita samada yang baik, buruk ataupun musibah itu adalah perancangan daripada Allah S.W.T kepada kita. Jangan lah apabila musibah datang pada kita, kita rasa marah dan berdendam lalu macam-macam perkara kita buat untuk menjatuhkan orang lain pulak yang konon nya orang tu penyebab segalanya...Siapa kita untuk menjatuh kan hukum begitu...


Setiap apa yang Allah turunkan pada kita adalah bersebab..mungkin sebelum ni kita terlalu lalai atau angkuh lantas lupa padaNYA. Lantas Allah uji kita dengan sedikit kesusahan atau kesakitan sebagai ingatan pada kita supaya kembali kepadaNYA. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kita...Terima kasih Allah.....Berbaik sangkalah antara sesama manusia...walaupun dia musuh dan benci pada kita. Kita angkat tangan dan berdoalah supaya orang-orang sebegini diberikan petunjuk dan hidayah...paling tidak kita sedekahkan Al-Fatihah untuknyaa....Doa-doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi akan dimakmulkan olehNya..InsyaAallah, cepat atau lambat sahaja...


Kepada semua orang yang rasa diri disakiti, dizalimi dan dianiaya, bertahan lah...kuatkanlah diri kepadaNya dengan berdoa dan meminta pertolongan daripada ALLAH yang satu. Bila rasa diri sudah tidak berdaya, ambiklah wuduk berzikirlah, bacalah Al-Quran dan maksudnya dengan sekusyuk-kusyuknya..InsyaAllah segala kesakitan itu akan berterbangan bertebaran dibawa angin...



Hormatilah kedua orang tua kita, walaupun pendapat mereka dan kita jauh berbeza...Tunjukkanlah kasih sayang kita sementara mereka masih ada... Tak perlu ambil hati dengan segala kata-kata mereka yang mungkin kita tidak setuju sama sekali. Berbaktilah pada mereka, bukan setakat menghulurkan wang ringgit semata-mata tapi tunjukkanlah kasih sayang kita yang tidak bertepi. Hidup tak selalunya muda, suatu hari kita pun akan menjadi tua...sekiranya kita keluarkan segala mesin kira-kira di dunia ini tidak terhitung banyaknya jasa dan pengorbanan mereka sedari kita dalam kandungan, saat melahirkan, membesarkan, memberi pendidikan hingga lah apa yang kita ada sekarang...segala jerih-perih, air mata dan tangisan mereka untuk membesarkan kita tidak ternilai harga dan tandingannya...Selepas kita membina keluarga mereka masih mengharapkan segala yang terbaik untuk kita....Mereka tidak mau kan apa-apa, mereka cuma nakkan yang terbaik untuk ANAKNYA....


Selamat beramal dan renung-renungkan...







p/s: Sayang mok ketat-ketat...love u mom...


Wassalam..

No comments:

Post a Comment