Thursday, May 24, 2012

Jogging lagi...

Assalamualaikum

Ahad (20.5.2012)

Minggu lepas dah janji dengan mnas kalau dia sihat sepenuhnya nak bawa pergi jogging kat taman charakah or nama baru taman botani negara shah alam. So janji kena la tunaikan.. Pepagi lagi 3 beranak berangkat laa ke taman botani nih... Walaupun badan ibu ni belum 100% sihat lagi.. Tapi kena push diri laa tuk lawan segala penyakit yang duk ada nih... Kalau kita duk manha dan duk layan jeer nampak gayanyeer lambat lah nak elok.. So kugagahkan jugak jalan perlahan-lahan... Alhamdulillah sampai jugak kedestinasi yang dituju..

Pagi ahad lepas memang crowd dekat taman botani ni ramai sangat, lagi ramai daripada minggu lepas.. Macam-macam aktiviti yang duk ada..

Mnas gan ayah berjogging lajunyer sampaikan ibu tertinggal jauh kat belakang.. Takper laa ibu follow dari belakang yaaa..

Bawak mnas tengok burung kat taman haiwan dan macam biasa laa becok mulut dia berlawan cakap dengan burung-burung tuuh..

Sampai separuh jalan nampak duk ada wakaf-wakaf tuk berehat.. So bukaklah bekal yang di bawak daripada rumah . Menu hari ni meehon goreng singapura.. Duk melayan makan tetiba ternampak la kat situ ada orang duk jual meggi sup.. Hah apa lagi duk try pulak meggi sup taman botani nih.?kat tengah-tengah hutan pun ada irang duk jual meggi jugak.. Haahaaa

Kali ni jogging kat trek jeer dan tak masuk buat jungle trecking sebab susah nak tolak stroller mnas tuu kat dalam hutan...takper laa... Tu pun mnas happy kan main duk berjalan naik turun bukit sampai lenjun satu badan.... Tak penat yaa sayang ibu nih...dalam pukul 10.30 pagi naik bas keluar daripada taman botani nih.. Tak larat dah nak jalan keluar... Hahahahaha

Balik daripada taman mnas tertidur belum sampai rumah lagi... Dah sampai rumah pun sambung tidur sampai pukul 2 petang.. Wah puyer laa penat anak ibu ni yaa...

Wassalam

No comments:

Post a Comment