Monday, November 5, 2012

Kacang putih jeer ni...

Assalamualaikum

Hari ni nak kabor perihal anak bujang sorang nih.. Semalam sehari suntuk duk terperap kat rumah, almaklumlah hujan tak berenti-renti mencurahi bumi. Aktiviti outdoor memang tak boleh nak buat dan MNAS pun tak boleh nak main basikal.. Nasib baik dia tak meroyan, sebab dia bz duk memunggah mainan dia..

Lepas satu, satu mainan dia duk punggah pastu bila dah boring main yang tu ambik yang lain pulak.. Semua mainan favorite dia tak lain tak bukan adalah kereta dan yang sewaktu dengannya..bila dah bosan main kereta dia beralih pulak main game dalam hp ibu, game favorite yang dia suka main pun game kereta.. Adoiii, kegilaan terhadap kereta makin menjadi-jadi laaa... Naik kereta pusing-pusing dan jalan-jalan lagi laa dia suka, bila naik kereta terus duduk kat sebelah driver...bukannya kat seat sebelah tapi dekat hand rest driver tuu... Hoohooo

Petang semalam dia bawak keluar kereta remote dia, dah lama x main so takder bateri laa. Ibu sibuk duk bukak penutup bateri dengan screw driver dia duk usha jeer. Bila dah siap masukkan bateri dalam kereta nak bukak la pulak remote tu sebab nak tukar bateri jugak hah cepat-cepat dia ambik screwdriver tu kononnya nak tolong ibu.. Muka nya dengan penuh konfiden nak bgtau ibu biar dia yang buat.. Biar anak jantan yang buat, ibu duk diam-diam kat tepi yaa... Kononnya dah terer laa tu nak baiki dan bertukang sendiri... Ibu duk bantai usik dan gelakkan dia pun dia tak pedulik, fokus sungguh duk membeger mainannyer tuu..

Ni ahh tengok aksinyer bukan main lagi...


No comments:

Post a Comment