Thursday, November 8, 2012

Sejuk hati ibu...

Assalamualaikum

Dah khamis dah hari ni, tinggal sehari lagi sebelum masing-masing bercuti panjang meraikan Deepavali, kita kan satu Malaysia... Haahaa yang kita ni pulak duk pulun ambik cuti panjang ya... Kihkih mengalahkan kawan-kawan kita yang berbangsa india pulak..baru la meriahkan... Dok gitu

Kali ni memang tak ambik cuti panjang sebab tak ade plan nak pergi mana-mana pun, just nak golek-golek kat rumah jee gan MNAS nanti..

MNAS sekarang ni dah makin pandai nak ambik hati ibu gan ayah terutamanya ayahnyeer laa. Bila keluar pergi mana-mana kalau kita cakap awal-awal kat dia toys tak boleh beli hari ni maka dia akan pandang ajeer la toys yang duk jual tuhhh...

Petang-petang pulak bila ambik ibu dari ofis, dari jauh lagi bila tengok ibu turun dari tangga bising sekali duk bersorak happy dalam kereta tuuh. Bila ibu masuk jer kereta terus salam ibu, cium ibu dan hug ibu...oohhh hilang segala penat dan stress kat tempat kerja.. Terbang dibawa angin lalu teruss,, heehee. Begitulah indahnya perasaan seorang ibu bila dapat ciuman dan hug daripada anak-anak mesti happy kan.

Terus teringat kat mok kat kampung, hati seorang ibu akan happy sangat kalau dapat tengok anak-anak kat depan mata kan.. Nak-nak kalau semua dapat berkumpul...biasanya bila anak-anak dah kawin masing-masing dah susah nak berkumpul bersama-sama, ada jeer hal masing-masing sorang ke hulu sorang ke hilir.. Umm itu lumrah kehidupan kan..masing-masing kena ingatkan diri masing-masing sesibuk mana pun kita jangan pernah lupa pada kedua orang tua kita, tanpa mereka tiada lah kita di dunia nih. Cariklah masa untuk menjenguk mereka, bila kita dah praktiskan ikatan kekeluargaan ni daripada awal lagi pada masa yang sama ini akan menjadi tauladan pada anak-anak kita pulak..

Harapnya mereka akan amalkan apa yang kita dah asuh dan terapkan pada mereka sedari kecik itu.. Dan bila kita dah tua kalau dipanjangkan umur, InsyaAllah mereka juga tidak akan lupakan kita.... Aamin

Wassalam

8 comments:

  1. Replies
    1. marilah kolumpo ni woiii, dok larat laa nak travel jauh2..kerang vontot daaa

      Delete
  2. betul tu kak. saya mmg manja dgn mak abah saya even dah berkahwin dan beranak pinak. kalau bole, tiap2 minggu nak balik jenguk diorg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sulung ke sue ni? ke anak pompuan sorang nih?hehhehe, kalau ada masa dan kesempatan eloklah jengok depa selalu kan..

      Delete
  3. mak memang terbaikkkk!!!!
    nak balik kg jumpa mak.. tapi badan tak larat..
    uwaaaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  4. saya dok taiping.. nak balik pun dekat 4 - 5 jam gak.. so tak larat dah sarat2 ni.. dah 7 bulan skrg ni..

    ReplyDelete
  5. As salam...

    Memang hilang strss bila dah peluk anak-anak...hilang segala penat dan marah bila tengok keletah dorang..

    ReplyDelete