Salam Jumaat untuk semua... Hari yang amat menenangkan dan harapnya hari yang membahagiakan untuk semua.
Hajat dihati nak menyambung cerita syahdu dipagi raya korban rituu, sebelum terlupa...
Pagi raya itu...
Pagi-pagi lagi bangun terus bersilat gan MNAS sebab dia terlebih excited sebab dapat tido kat hotel kott...ummm rupanya anak ibu nih suka tidur kat hotel yaa...Wah sengkek lah ayah nanti..hehehheheh. Punya lah payah nak ajak dia mandi pagi tu, sebab banyak benda lagi dia tak habis nak explore..Biasanya bila ajak mandi jeer, bukan main lagi suka sebab dia boleh bawak kereta kesayangan dia untuk di cuci sekali sambil mandi. Hahaha, memang MNAS sayang sangat dengan semua koleksi mainan keretanya. Bila dah habis main, dia akan susun ikut gaya dan style dia kat atas meja dan lepas tu kalau dapat tisu ke, kain ke dia akan lap kereta-kereta dia tuh...hahahhahaha, kononnya kereta dia tu kotor sangat laaa..bila dah habis lap, dia susun balik...
Kali ni, pagi raya rasa sunyi jee sebab tak riuh macam biasa, kalau kat kampung pagi raya memang kalut dan riuh sebab masa tuu laa duk pulun memasak, masa tu la nak siap-siap dan masa tu la jugak nak pergi menziarah pusara ayah, nenek, pakcik, makcik dan sedara mara yang terlebih dahulu di jemput oleh Ilahi. Memang kalut sangat sebab lepas balik daripada menziarah tu, dah kelam kabut nak pergi solat sunat Aidiladha pulak. Biasanya solat sunat hari raya Aidiladha ni, di buat awal sedikit berbanding dengan solat sunat aidilfitri sebab lepas tu nak mulakan acara korban pulak..Kalau lambat mula, lambat lah nak habis. Nak-nak banyak lembu dan kambing yang berderet gah menunggu giliran untuk dikorbankan.
Sekeluarga dipagi raya, MNAS dan ayah sedondon berbaju melayu hijo (
MNAS happy memanjang, makan pun tak nak..excited punye pasal...
Dua beranak tengah fokus, ayahnya fokus makan MNAS pulak fokus duk main dengan koko krunch nyee...
Ini lah juadah kami anak beranak di pagi raya.....
Lepas dah habis breakfast yang mana makan pun sepantas kilat, makan untuk alas perut jee. Cepat-cepat check out dan bertolak balik ke KB sambil berdoa jangan lah ada jem lagi...dah dua hari dah di perjalanan, tak sampai-sampai lagi kat kampung. Sebelum turun sempat lagi tu singgah menyopping sayur-sayuran dan jagung untuk di bawa pulang. Murah betul sayur-sayuran kat sini ya, dah lah murah fresh pulak tuuu. rasa macam nak beli semua jenis sayur yang ada jee, sebab geram sangat dengan kesegarannya...
Ikut highway cameron highland (Lojing) ke Gua Musang memang best sebab smooth jee, tak banyak kereta...pemandangan kiri kanan jalan memang cantik dengan bukit-bukit dan pokok-pokok yang menyegarkan mata memandang...
Akhirnya selepas 2 hari perjalanan, Alhamdulillah selamat juga sampai di kampung tepat pukul satu petang....Alhamdulillah happy sangat sekali lagi dapat meraikan hari raya korban bersama-sama keluarga tercinta....walaupun sedikit terlewat, takapa laa itu pun pengorbanan jugak tuuu..hehehhehe
Wassalam
sama la ngan saya kak. saya bertolak blk kampung ari sabtu pagi tu after solat raya. tengah hari jugaklah sampai ke melaka. dpt beraya pun ngan adik2 je. mak abah masih di mekah :)
ReplyDelete