Friday, June 5, 2015

Ulu Yam

Assalamualaikum..

Salam jumaat penghulu segala hari buat semua. Moganya tika dan saat ini semua berada dalam ketenangan dan bawah rahmat naunganNYA.

Lama betul tak buat aktiviti outdoor gan anak-anak. Lama jugak tak buat aktiviti makan-makan kat tepi sungai sambil main celup-celup kaki tangan dan kepala dalam sungai nih. Dulu masa gah study kat UM boleh katakan kerap buat rombongan cik Kiah kesini gan gang-gang sekepala. Pagi lagi dah sampai sebab nak "chop" spot terbaik nak lepak-lepak ni. Bawak makanan biasanya meehon goreng, kopok, dan yang paling best ayam yang dah marinated yang tinggal nak bakar jee kat sana. Ooh heaven betul, makan, terjun tiruk dan main air hingga kuku tangan semua biru dan kecut. Naik makan lagi, terjun lagi sampai laa petang. Selalu jugak gi bakor-bakor gan familiy members. Best sangat!

Tak boleh jadi nih, kena mula balik aktiviti best gini gan kengkawan dan family members. Kalau nak ikutkan takada masa memang tak akan ada la masa sampai bebila hingga laa menutup mata..(cry, miss dolu-dolu). 

Langkah pertama kena bawak dua beradik ni biasakan diri celup-celup kaki di air sejuk nih. Dedua lambat panas kalau tang air nih, penakut macam ibunye gak kot! Meh la kita biasa-biasa kan diri dulu supaya dapat enjoy bila nak buat aktiviti gini masa depan. Tengok camna...umm

Pegi pun dah petang, sampai sana dalam pukul 4, orang dah tak ramai banyak tempat kosong. Bagus, takyah nak rebut-rebut pilih spot best bagai.. Percubaan aje.. Abang muka excited bila nampak air terus tanya ibu ada fish yaa... Huuhuu asal air jee mesti ingat fish. Suka nau dia dengan fish ni. Adik pun sama sambil makan aiskrem sambil bebel fish, fish..memang tak laa abang gan adik ooooi, sini kita datang nak test n buat eksperimen jee bukan nak tengok fish bagai.. Hahahaa

So adik mangsa pertama, siap pegang aiskrem lagih sambil celup-celup kaki. Menjerit-jerit sebab air sejuk sangat. Tak nak dia bila disuruh duk dalam air tuh. Apa lagi kena laa gan ayahnya, lagi laa dia melalak-lalak lagi kuat. Takut ayahnya lepaskan dia dalam air leer tuu.. Lelama sonok pulak dia..

Hahaha kena rendam pun tatap tangan tak lepas aiskrim tuh.. Kikii. Last-last aiskrim tu cayor tak sempat makan, bagi kat monyet-monyet kat situ. Rezeki depa..

Masa turn abang kena rendam, kan main dia gelakkan abang yang duk menjerit-jerit tuh.. Nasib ko laa abang, turn adik dah lepas ekkk. Siap tepuk-tepuk tangan tengok abang kena rendam gan ayah.. Hehehe.. 

Kena datang lagi nak biasakan dua beradik nih supaya dapat explore alam sekitar and back to the nature. Lama-lama mesti diorang rasa seronok macam mana kita seronok duk explore masa muda-muda dulu. Tetttt sekarang dah tue ke?huuhuuu makin hari makin terasa tue itu....


Wassalam

No comments:

Post a Comment