Friday, February 28, 2014

TAKSUB

Assalamualaikum

Penghulu segala hari, semoga kita semua diberi ketenangan, kesabaran yang tinggi, minda yang positif tanpa ada unsur-unsur hasat dan dengki sesama manusia, kesihatan yang baik, dan iman serta jati diri yang teguh dalam mengharungi hidup dalam ledakan maklumat dengan medium yang pelbagai ini. Segala-galanya perlukan kebijaksanaan dan panduan untuk kita menapis segala yang mendatang kepada kita. Tidak boleh lagi semborongan mengambil dan percaya dengan segala momokan dalam setiap perkara. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat faedah daripada segala kecanggihan teknologi hari ini.

Sudah lama nak menulis tentang isu ini, tapi kekangan masa yang menghalang untuk mencoretkan sesuatu yang agak berat untuk dikupas dan digali ini. Bebelan ini adalah untuk ingatan pada diri sendiri dan tiada niat untuk ditujukan kepada sesiapa.

Hari ini kita dimomokkan dengan terlalu banyak medium sosial yang seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Medium sosial dan segala teknologi yang duk ada ini tidak salah sebenarnya, cuma kita ni jangan jadi hamba kepada medium sosial dan segala teknologi ini. Jangan menjadi terlalu taksub....

Kadang-kadang kita menjadi takut untuk check "muka buku', twitter, instagram dan banyak lagi  sebab pelbagai unsur-unsur negatif boleh menganggu gugat kelansungan hidup kita. Sesetengah pihak menjadikan medium-medium sosial ini untuk menghentam, memaki hamun, mencaci, menyindir dan lebih teruk lagi menyampaikan fitnah dengan hasrat melaga-lagakan sesama insan. Ukhwah yang terjalin selama ini terputus begitu sahaja angkara ketidak bertanggungjawapan sesetengah pihak yang sangat ghairah untuk melaporkan setiap perkara yang berlaku kepada seluruh dunia. Tanpa ada rasa sekelumit pun rasa bersalah dalam diri selepas melakukan onar-onar begini. Bak kata pepatah "baling batu sembunyi tangan". Apa salahnya sebelum mula menulis, memberi sebarang komen atau memuat naik gambar ambik masa 10 saat untuk berfikir apa akan jadi kalau kita tulis begitu dan begini, kepada orang tu dan kepada orang ni. Memang mudah, semuanya di hujung jari kita, walau dimana sahaja kita berada. Kawalan kendiri amatlah penting untuk diterapkan dalam diri masing-masing.

Kadang-kadang ada sesetengah pihak tidak bermaksud apa-apa, tapi pihak lain yang terlalu banyak masa menganalisis setiap patah perkataan yang ditulis dan di tafsirkan sebagai begitu dan begini. Ketaksuban terhadap medium sosial ini boleh mengundang pelbagai perkara yang tidak enak di dengar dan mengundang perpecahan dan perbalahan sesama kita.  Janganlah terlalu taksub terhadap medium sosial dan jangan terlalu ambik serius tentang segala khabar angin dan

info yang kita dapat daripada medium sosial ini. Dapatkan segala kesahihan daripada sumber-sumber yang sah sebelum kita mengadili sesuatu perkara. Janganlah kita menjadi ketinggalan 30 tahun ke belakang dengan segala ledakan teknologi ini. Sekiranya kita hendak memberi nasihat atau membuat teguran kepada individu tertentu gunakanlah saluran yang betul, daripada status-status yang di naikkan boleh mengundang seribu persepsi oleh orang lain. Jangan jadikan medium sosial ini sebagai tempat untuk melepaskan amarah masing-masing dan bergaduh sesama sendiri dengan berbalas komen tanpa ada penghujung. Bila situasi ini berlaku ramai lah tukang-tukang sorak akan muncul, pelbagai jenis nasi tambah juga akan menambah-nambah ke dalam pinggan yang sudah sedia retak itu.

Marilah kita sama-sama gunakan medium sosial ini secara bertanggungjawab dan bijaksana. Insha Allah semuanya akan aman damai dan harmoni.

Wassalam

#Tazkirah untuk diri sendiri dihari jumaat ini. Selamat berhujung minggu bersama keluarga, manafaatkan setiap saat yang kita ada ini dengan melakukan perkara-perkara yang membawa faedah kepada kita dan kepada semua.


   Happy Mood: sebab bonda tercinta ada kat rumah..love you mok......

No comments:

Post a Comment