Friday, March 7, 2014

Kedai Nab

Assalamualaikum

Wah sana-sini duk riuh bercerita pasal artis HS ni yaa.. Umm setiap orang ada pandangan dan pendapat memasing, rasanya tak perlu lah duk kalut sangat duk berbicara pasal orang tu, orang ni begitu begini. Kita ni belum tentu lagi elok perangai dan pembawaan diri sendiri. Kita doakan yang baik- baik jee untuk semua orang. Supaya dibukak kan pintu hati kita dan semua supaya sentiasa berada dilandasan yang diredhai olehNYA.

Kedai Nab, cehh macam glamer je si Nab tuu yaa. Siapa Nab tu? Haahaa, sejujurnya tuan punyer diri pun tak tahu siapa Nab tu.. Tapi Kedai Nab ni memang tempat wajib untuk pergi terjah kalau balik kampung. Kedai Nab ni aka pasar pagi laa, ada 3 kali seminggu hari isnin, khamis dan sabtu. Paling happening pagi sabtu laa sebab ramai orang, kan hari cuti tuu. Macam-macam jenis kuih muih & makanan tradisi kelate duk ada no, memang rambang mata dan jadi giler. Macam semua nak, nak tu, nak ni...nak pulut kace, lompat tike, buah peria, lakso lemok, nasi berlauk, kole kace, tepung bungkus, lepat pisang...ummm dah rase meleleh-leleh dah air liu nih.

Tu dia tengok gambar tuh, ada tu sampaikan tak tahu pun nama kuih tu apa..Pastu sendiri jakun.Kuih yang merah bungkus gan daun pisang tu pun tak tau nama apa, yang ijo tu pun tak tahu apa..Huhuuhuu


Ni pulak kuih-kuih kering, nise kerek, sos pencicah, keropok makan selalu. Juling mata nih dibuatnya..Borong-borong wat balik kl.. Harga memang murah laa, sebab tu la rasa macam nak beli semua jee..


Terpusing-pusing pulak kuih nih, telengkan kepala sikit laa yaa adik-kakak.


Hah ni pulak ada lakso gan laksam, biasanya kat kelate nih laksa gan laksam nih makan gan kuah lemak buh pulak kacang potong tambah sikit cili, perggg terangkat... yang duk ikat dalam plastik tu acar pisang gan kerabu sare'e.


Macam-macam color duk ada tuh, seraber pun ada, lama dah tak makan seraber nih..yang merah ijo tu mestilahh lompat tikam original puyer...mari-mari murah-murah satu singgit jeerr ke 50 sen jee?umm lupa suday.

Ni pulak bahagian lauk pauk untuk nasi belauk, nasi kerabu gan nasi dagang. Pilih jee laa nak lauk apa ada ikan tongkol gulai, ayam masak merah, ayam gulai..muroh-moroh jee semua tuh... Ni yang rasa nak balik kampung jee nih.. Nasib baik kampung jauh cuba laa kampung tu ambik masa 4 jam je mesti tetiap bulan berdesupp jee balik.....kampung ku tempat tumpah darah ku....sedap-sedap sampaikan Damia pun duk terliur daaa...

Meleh-lelah air liur adik daaaaaa...Adik Damia control sikit mulut tuuuu..hehehheheheh

Selamat berhujung minggu semua..

Wassalam

No comments:

Post a Comment