Monday, March 17, 2014

Hujan

Assalamualaikum


sumber: google image

Alhamdulillah bumi ini disirami hujan selepas berpanasan sejak sekian lama. Sejuknya rasa dan barulah kita sedar nikmat hujan yang diturunkan Allah ini. Bumi Shah Alam dan kawasan sekitarnya menerima hujan sedari daripada petang sabtu, membawa ke hari ahad dan hari ni petang isnin. Syukur...

Alhamdulillah,
damailah jiwa-jiwa yang resah,
segarlah tanah-tanah kering dan tandus,
padamlah api-api yang melata,
di bawah tanah gambut merata,
suburkanlah tanaman yang ada,
penuhi empangan yang kontang,
supaya semua mengecapi nikmat yang dikurnia,
syukur padaMU atas kurniaan,
semoga terus mensyukuri setiap yang diberi...
Thank you ALLAH...

ALHAMDULILLAH

Wassalam

No comments:

Post a Comment