Tuesday, March 18, 2014

PD Waterfront

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas, anak-anak dedua tak sihat penangan jerebu yang melanda bumi Lembah Klang ini. Bacaan IPU mencapai sehingga 200. Ujian dan ingatan kepada kita tentang sesuatu perkara. Abang dan adik mula demam, batuk dan flue hari khamis, malam jumaat dedua makin melarat. Jumaat terpaksa ambik EL tak sanggup nak ditinggalkan dua beradik ni. Perintah berkurung dikenakan, memang dedua tak boleh keluar rumah.

Alhamdulillah pagi sabtu abang gan adik beransur sihat. Petang selepas ayah habis kerja, dah kesian tengok adik ni duk bising jeee mulutnya. Boring laa gamaknya satu minggu duk terperap dalam rumah. Jom laa kita jenjalan ke tempat yang kurang jerebu nih. Mana lagi yang paling dekat, moh laa kite ke PD. Bertolah pun dah agak lewat dalam pukul 3 lebih. Sepanjang perjalanan dapat lihat kiri kanan highway rumputnya habis kekuningan dengan kesan terbakar dan masih ada asap lagi. oohh begitu teruk kemarau melanda negara.

Sepanjang jalan dua beradik dibantainya tidur, senyap sunyi laa. Boleh laa ibu gan ayah berdiskusi perihal keluarga dengan aman.. Haaahaa kalau tidak ada jee nak gaduh, berebut barang. Adik pun kan main lagi dah pandai dahh..

Pukul 4 lebih sampai lepak dulu kat pantai Teluk Kemang, try naik kuda satu round. Pastu Nampak gerai coconut shake, apalagi menonoh la ke sana....

Kesian kuda ni duk menampung beban 4 beranak, sib baik satu round jeer. Abang pun tak rekues buat beround2 so ibu ayah wat senyapp jee laa

Adik duk sibuk tengok bebudak main basikal yang kayuh sambil baring tu..apa nama yaa?

Hah adik ni, ibu gan ayah kan main lagi duk berselfie dia bolayan duk pandang tempat lain.

Best dapat lepak sesama, ramai orang duk mandi manda dan ada jugak yang duk main jet ski. Abang takder pulak merengek nak main air so memang tak turun ke gigi air lansung. Hajat dihati nak lepak nak tengok sunset tapi cuaca dah mendung berarak dah.. Nasib baik sempat berlari ke kereta kalau idak lencun laa anak beranak jawabnya. Hujan turun selebat-lebatnya. Alhamdulillah. Sempat minum coconut shake gan keropok lekor, jadi laah dapat lepas rindu suasana di pantai Irama nun...

Sebelum bertolak balik singgah kejab ke PD Waterfront. Rasanya baru jee siap ni yaa, wah boleh tahan deretan kedai-kedai yang boleh jadi tempat tarikan baru untuk ke PD nih. Ada banyak kedai-kedai makan yang boleh jadi tempat lepak kat sini, ada Starbuck, sushi, McD, kfc dan banyak lagi lah. Memang betul-betul mengadap laut. Nampak kapal-kapal yang tengah berlabuh tuu. Peaceful...


Kalau ada disediakan kerusi-kerusi lagi bagus boleh duduk sambil menikmati keindahan dan kecantikan ciptaan Allah S.W.T


Abang happy dapat berjalan sambil mata tak lepas duk usha ada tak tempat jual mainan.hahhaha


Ni lepas dapat pau ayah beli pistol buih tuuu. Main sesorang sebab adik gah sedap tidur...kroih kroih


Suasana senja di PD Waterfront

Wassalam

No comments:

Post a Comment