Tuesday, April 1, 2014

Taman Burung Kuala Lumpur


Assalamualaikum

Kejab jee rasa dah pun habis cuti sekolah. Kebetulan masa cuti sekolah ni lah ibu bizi lak, banyak benda nak kena handle kat ofis. Ada final exam la, nak kena organiza workshop bagai so end up memang lansung tak ambik cuti. Abang duk terperap kat rumah laa sepanjang minggu. Bila fikir balik kesian pulak so fikir punya fikir baru teringat yang kat area lembah klang ni pun banyak tempat yang boleh dilawati, bawak anak-anak tuk have fun...terus block dalam kalendar sabtu 28.3.2014 tuk bawa anak-anak berjalan...

Pukul 8.30pagi dah keluar, punyalah semangat ( ibu gan ayah yang terlebih excited nih). Nasib baik adi Damia pun bangun awal, macam faham-faham jee diaa tuu. Breakfast pun tak nak kat rumah kononnya ayah nak makan kat dalam taman burung tuu.. Baiklaaah ikut kan jee laa,, heehee tak payah nak buat breakfast..


Pukul 9.15 dah sampai, rupanye dah ramai laa pengunjung terutamanyanya pelancong asing. Apa-apa pun beli tiket dulu... 
Harga tiket berbeza malaysian gan pelancong. Kalau tak salah Malaysian dewasa rm 25 seorang, kanak-kanak rm12 dan adik Damia dapat masuk free..tq..


Sebelum masuk kena pakai gelang dulu, masa ni abang Nuh buat muka pelik, mesti dalam hati duk tanya mana lah ayah gan ibu nak pergi nih.


Bila dah masuk terus teruja bila tengok burung-burung berterbangan jinak atas kepala tuu.

Jinak sungguh burung-burung nih, tu siap bagi makanan lagi sambil duk lari takut tengok muncung burung tu panjang dan tajam. 
Tengah beristirehat sambil menikmati sarapan pagi..
Jalan punyet jalan terjumpa dengan sicantik dan sigogeous nih, dari belakang macam tak berapa cantik, cerr tengok dari depan pulak.. Jeng jeng
Wah cantik nyeer diaaa tuu.. Kombinasi warna yang sangat menawan. Subhanallah....
So apa lagi berphoto gediks laa gan si anggun nih.. Gah duk syok berpose tetiba ramai pulak pelancong duk tunggu turn nak ambik gambar jugak.. Hahah nasib baik  tak payah ambik nombor giliran.. Kikiki...

Meneruskan perjalanan, Alhamdulillah cuaca pun cantik jee siap berangin lagi tuu. Nyaman sangat rasanyeee...
Jumpa pulak burung satu badan warna merah.. Cantikkk..
Ini bukan songbirds tapi burung merak yang gah kuncup...

Berhenti rehat kejab, ingat nak breakfast tapi gerai-gerai kat dalam tu takde pulak jual makanan tuk breakfast. Air-air tin, kotak gan jajang jee duk ada.. Kalau adapun dekat Restoran Hornbill nun, malas dah nak patah balik jalan je laa dulu.. 
Seronok abang duk tengok burung-burung nih sambil mulut tak diam wakau sekali..nasib baik abang tak tanya ibu ni burung apa, tu burung apa? Walaupun abang tak tanya ibu tetap nak bagitau jenis-jenis burung tuu gakk. Nasib baik ada banyak signboard yang duk ada kat situ.
Tu gah cuak tuu sebenarnyaa, takut-takut burung tu duk patuk, muncungnya tuu boleh tahan panjang gakk..
Family photo.. Abang dah penat dan lapar.. Masam jeer
Adik pun penat gak duduk minta didukung pulak..

Memang berbaloi-baloi lah bawak anak-anak tengok burung nih, bukan setakat anak-anak yang happy ibu gan ayah pun happy jugak... Hahahaha, nanti bila adik dah besar boleh datang lagi....InshaAllah

Wassalam

No comments:

Post a Comment