Wednesday, April 16, 2014

Happy 1st birthday sayang

Assalamualaikum

15/4/2014 genaplah setahun my princess Damia Hannah ni.. Dah besar laa anak ibu nih, sekejapan saja masa berlalu anak ibu dah satu tahun.. Selamat ulang tahun pertama sayang


Sepanjang setahun ini, Alhamdulillah adik Damia membesar dengan sihat dan ceria. Seingat ibu hanya dua kali demam yang agak teruk dan yang lain-lain hanya lah biasa-biasa sahaja. 
Setiap hari ada jee benda baru yang adik duk belajar, balik jee kerja macam-macam report yang ibu terima. Bagus adik, explore laa dunia ni yaa. Learn from experience day by day...

Tengah duk giat praktis untuk berjalan..

Macam-macam benda yang adik nak cuba sebab semuanya nampak menarik di mata. Cuba laa adik sampai berjaya.

Sudah pandai jeles dengan abang, bila ibu balik jee kerja masuk jee rumah, sukanya bukan main wajahnya berseri-seri dan minta di dukung. Bila ibu saja nak sakat buat-buat tak tahu, mula laa dia menjerit dan menangis tunjuk protes.. Heheehee.. #Noty mom

Bila main gan abang selalu kena buli, semua yang adik pegang senuanya abang tak bagi. Terkebil-kebil tengok abang, walau camna abang marah dia, tetap dia senyum n suka nak main gan abang. Dah pandai jeles gan abang dah,...
Anak dara ayah ni dah besar, sudah satu tahun... Macam-macam aksi dia buat bila gan ayah, kononnya nak tunjuk kat ayah yang adik dah big girl.. 

Kesayangan ayah...

Kesayangan ibu.. Tak boleh tengok  ibu mesti nak minta didukung.. Kalau ibu ada kat rumah memang melekat macam ada gam gajah jerr..

Kesayangan ayah, ibu dan abang. Senyuman dan gelak tawa adik menceriakan hari-hari kami semua.. Cepatnya adik membesar, walaupun begitu adik tetap baby dimata ibu...my sweetheart, my angel, my princess and my everything... We love u adik Damia

Doa kami semua semoga adik sentiasa dibawah lindungan Allah selalu, diberkati dan membesar menjadi anak yang solehah...semoga adik terus membesar dengan sihat dan menjadi muslimah unggul dan sejati.aamin

Selamat Ulang Tahun Pertama DAmia HAnnah...





No comments:

Post a Comment