Sunday, April 13, 2014

Hari sukan

Assalamualaikum

Semua orang pakat duk seronok nak main, mungkin dah lama tak bersukan bagai ni secara berjemaah. Bagus betul buat hari sukan nih, boleh pakat-pakat duk release tension.

Hari sukan ni diadakan pada hari rabu, 9/4/2014. Aktiviti ini salah satu aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar tahun 1,2 3 & staff. Staff punyer la duk excited dipukunnya masuk semua game yang duk ada. 

Badminton mix double gan mix futsall pelajar vs staff. Acara pertama dimulai dengan futsal, wah somput mak encik nak habiskan 10 minit nih, terjelir lidah. Punyer la dah lama tak berfutsal ni rasa gelap jee pandangan nih, tendang pun ikut dang jeer. Nasib baik takder orang yabg cedera. Game pertama seri, game kedua nan ado nak menang sebab semua penat sebab duk pulun main badminton masa rehat.. 

Masuk dua acara dua-dua kalah, haha tapi seronok sangat semuanya sporting staff dan pelajar. Semua all out sambil have fun, nampak ramai bakat-bakat yang terpendam yang selama ini tersorok.

Dah tau takkan dapat laa piala pusingan nih, so kita bergediks dulu sebelum juara sebenar menjulangnya.

Patner badminton, lawan dah bagus dah cuma kurang stamina nak fight gan student. Lain kali kena fokus 1 game je baru bole all out dan puas hati. 

Satu lagi faktor kekalahan sebab dia ni laa. Hahahah main kat sebelah court gan hafiz hashim yang duk praktis gan adik twin dia hafizi gan hafifi.. Larik fokus tuu, terer sangat depa ni, sup sap sup sap gitu...


Acara penyampaian medal untuk pemenang.. Tahniah! Futsal juaranya pasukan staff(tapi bukan kitaorang) dan badminton student tahun dua muncul juara... Takper kita bagi chan dulu kat orang lain tuk menang... Takpe, ambik leerr.. Haahaa

Overall memang best dan terbaik penganjurannya. Tahniah untuk semua

Wassalam

No comments:

Post a Comment