Friday, January 27, 2012

Terkini

Assalamualaikum

Morning, afternoon, night.... Heehee,
Lama berehat drpd blog memblog nihh,, yalah semua orang bercuti celebrate gong xi fa cai kan...



Dapat rehat sehari jeer kat rumah pastu dah kena kerja dahh... Bila dah masuk ofis mak oii banyak betul keja yang perlu disetelkan. Almaklumlah seminggu tak masuk ofis...takper laa pelan2 kayuh..

MNAS lepas keluar hospital ni bukan main happy lagi.. Jalan sana jalan sini tapi berkepit tetap berkepit gan ibu nyeer...


Pergi dan balik ofis 3 hari ni memang best, jalan dah la boleh berlenggang kangkung dan kat ofis pun rasa damai jee..tapi yang tak best nya food court pun boleh laa pulak tutup..aisehh, berdiet laa nampak nya 3 hari nih, malas lak nak jalan-jalan carik makan kat luar


iklan kejab..hehehee kusyuk betul MNAS gah BF tuuu...

Nak buat pesanan penaja sikit..jeng-jeng

Masa MNAS baby dulu hingga 4 bulan, dapat laa bagi BF kat dia walaupun tak sepenuhnya sebab macam-macam probs dan semangat tak kuat masa tuuu.. hingga lah kemuncak nya doktor suruh stop kejab BF sebab pengambilan pain killer. kesian MNAS ibu tak dapat BF lagi lepas tu coz selepas seminggu susu lansung tak ada...memang betul-betul frust. Maaf kan ibu ya sayang...

So bagi ibu-ibu muda or tak berapa nak muda or first timer, bagi lah baby anda fully BF. Kuatkan semangat dan pedulikan apa saja orang nak cakap dan segala rintangan yang mendatang..pasang niat dan doa banyak-banyak untuk fully BF ni masa baby dalam kandungan lagi. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Bagi kaum suami dan close family bagilah moral support tuk ibu-ibu ini. Fully BF ni sebenarnya adalah satu perjuangan. Bagi yang sedang fully BF permata hati anda semua, tahniah dan teruskan sekurang-kurangnya 6 bulan. Kalau lebih lagi bagus... Sesungguhnya BF ni sangat-sangat lah bagus dan berkhasiat untuk baby.

Sampai ke hari ni rasa regret tu still ada, dan dan dan ....InsyaAllah sekiranya rezeki dikurniakan second baby memang nak fully BF walau pun apa jua rintangan yang melanda...ceeewah..InsyaAllah..insyaAllah

MNAS masa baby-dulu

MNAS dah tak berapa nak baby...

Hari ni dah jumaat, esok sabtu dan yang best nya cuti lagiiii hujung minggu..umm banyak program dah duk ada dalam kepala nih. Harap-harap menjadi lah...nanti yang tu tu tuh kita citer later-later..
Selamat berhujung minggu....

Wassalam

2 comments:

  1. wah program apakah itu???? beza kan muka MNAS baby dan yg x berapa nak baby tuuuu.....kuikuikui

    ReplyDelete
  2. macam-macam program daaa...rugi mu tak join..kalau tak dah cukup korum..ahaa kan jauh betul beza MNAS dulu masa baby gan MNAS kini yang dah tak berapa nak baby dah...dan yang pasti cepat betl masa berjalan...

    ReplyDelete