Tuesday, January 31, 2012

Penat nyeerrr..

Assalamualaikum

Pagi ni hujan turun, kalau dah hujan mestilah jalan licin, kalau dah jalan licin mesti lah banyak accident, kalau dah banyak accident mesti dan kompem jalan jem tak hingat...so, dipendekkan citer, ni gah tersangkut dalam jemmm.. Adoiyaaa semua jalan tersangkut, kete jalan tersedut-sedut cam siput seduttt...

Penat nyeer nak tunggu keta jalan, so nak hilangkan kepenatan tu baiklaa buat keje berfaedah sikit.. Apa lagi memblog laa..haahaa, kalau x jem x update yaaa.. Nasib baik jalan jem, so ada laaa masa nk update.. Kuikuii

Kali ni kena story banyak sikit laa sebab 3 hari tak menjenguk teratak ni...
Petang jumaat: 6.30pm bertolak ke kuantan , nak keluar daripada kl ke tol gombak ambik masa 1 jam lebih.. Punyer laa jem penat kaki duk tekan brek, minyak, brek minyak.. Ngantuk pun ya, nak nak tgk kat sebelah siap berdengkur lagi dan tgk belakang MNAS pun tidur dengan lenanya.. Hujan kat luar, nyaman laa yaa n syiok laa zzzz.
Alhamdulillah selamat sampai kat sungai isap kuantan pukul 9.30pm. Dah sampai tuu, MNAS bukan main lagi seronok.. Tawaf satu rumah sambil gelak2... Tidur pun tak nak.. Haisshh anak ibu ni excited kan main lagi.....

Late dinner ramai2 kat kedai Tar. Punya laa kebuluq sangat masa tuu pic pun x sempat nak snap.. Kejab jeer dah tinggal pinggan kosong.. Dan paling tak boleh blah, MNAS dan micha bole dengan berseleranya makan nasi kosong jeer.. Suap sendiri lak tuu.. Sedap agaknya nasi kosong kat kuantan ni ya sayang..haahaaa, jimat duit ayah ya just beli nasi kosong jassss.. Haahaa

Malam tu takde wat aktiviti lain, coz masing2 dah penat zzzzzz je lah sampai pagi..

Sabtu 28.1.2012

Pagi2 lagi MNAS dah celik mata n sambung tawaf satu rumah lagi.. Bagus betul dah anak ibu ni dah tak takut gan orang, cepat dapat sesuaikan diri dengan cousin2, auntie n uncle kat kuantan nih.. Bravo, bravo sayang.. Ibu love it..

Pagi: pergi pasar pagi, nak beli lauk pauk tuk lunch.. Wah MNAS yang duk pandu kete g pasar.. Tersengih2 dia dapat pandu kete, siap pusing3 stering konon2 gah pandu kete betul2 laa tuu.. Pandai betul berlakon yaaa..pantang kalau driver tinggal stering cepat2 MNAS akan melompat ke depan pastu berlagak konon2 gah bawak kete..



Yang tak tahan nyeer, bawak kete pun puting tetap tak tinggal...

Petang lepas asar maka meh laa kita serang pasar malam sungai isap nih.. Wah happening betul pasar malam kat sini, macam2 ada.. Mee celup ada, maggi celup ada, bubur nasi ada, ice blended ada, buah2 pun ada, ayam tempayan yg femes tu pun ada, steamboat pun ada, kain baju, tudung, mainan budak2 pun ada.. Iskk pendek kata semua ada lahhh..

MNAS duk pulun minum mocha blended yang abang yie buat n belanja.. Heehee kan main lagi duk sedut2, best yaa sayang..sesambil makan bubur nasi meletopp yang mek masak..haahaa penuh gan sanak sedara kat pasar malam tuu.. Duk melepak kat gerai buah "ayah", gerai mee celup "mek" dan gerai ice blended abang yie... Complete package.. Kalau lapar bole makan mee celup kee, meggi celup kee, bubur nasi keer n macam2 lagi kat gerai "mek" pastu sesambil makan kalau tercekik boleh order jeer ice blended kat gerai abang yie pulok. Pilih jeer nak flavour apa semua ada, mocha, capuccino, chocolate n mcm2 lagi,. Just say it.. Pastu dah kenyang makan n minum nak pembasuh mulut just order jeer dari gerai "ayah" buah apa nak semua ada.. Huuhuuu best sangat....Mesti kak long dinie n kak lobg wahida dah terliuq dah ni.... Haahaaa

Punyer laa excited sampai terluper nak snap gambar.. Haahaa, just imagine suasana kat pasar malam jeer laa..

MNAS bole pulak tido kat tengah2 pasar malam


Ahad 29.1.2012

Pagi2 lagi keluar pergo makan nasi berlauk gan g beli lauk pauk.. Banyak jugak MNAS makan nasi berlauk tuu.. Pedas2 pun nak jugak makan.. Boleh tahan jugak laa nasi berlauk kat kuantan ni.. Tapi x boleh lawan nasi berlauk kat kelate laa.. Heehee, kelantanik betul laa..



Balik rumah sambung bergotong royong memasak untuk makan lunch pulok... Haahaa seronok betul laa hujung minggu gini dapat berkumpul gan ramai famili.. Cik yah, kak long wahida n jak nuyul turun dari kelantan n mie n famili, cik min n famili lak turun dari kl.. So berjumpa kat tengah2 ni kat kuantan.. Fair n square, tapi kalau semua famili dapat turun semua lagi happening.. Mayb next time..

Petang kul 3 gerak balik kl.. Alhamdulillah sampai kl pukul 6 ptg..

Wassalam







Wassalam

No comments:

Post a Comment