Friday, January 20, 2012

Hari ke-4

Assalamualaikum

Malam-malam baru boleh update blog, almaklum lah sekarang berumah Dan bertangga di hospital. Nak adjust masa tuk buat aktiviti-aktiviti blogging ni masih lagi lari sana-sini. Baru jer pegang Hp nk update MNAS lak datang wat muka sardin nak Hp nk tengok ABC MOnster... Oh anak ibu ni sib baik chomey... Heehee matik laa puji anak sendiri kan.. Ya laa kalau ibunyaa tak puji, sapee lagi yang nak puji iyooo... Heeheee, sila maafkan hamba disitu...

Sejak masuk hospital dah 4 hari ni, MNAS super duper manja.. Nak berkepit jee 24/7...nak tido pun kena peluk2... Huuhuuu, bertambah chomey.. Kikii

Perkembangan MNAS setelah 4 hari di hospital tak banyak sangat perubahan, tapi Alhamdulillah ada sedikit improvement... Batuk dan flame makin kurang, tapi demam masih on off.. Pening kepala doktor Koshy dibuatnya. Rawatan secara agresif telah di buat petang semalam daripada neb 2 jam ditukar menjadi 1 jam...Ummm kesian sangat kat anak ibu ni, tiap kali buat neb, tiap kali itulah MNAS menangis..tidurnya pun terganggu setiap sejam... Wahai anak ibu sabar yaa sayang... Kecik2 lagi dah rasa sakit perit segala prosedur medication nih... U're really strong boy my dear...

Tiap kali anak ibu ni menangis bila buat fisio, neb, dan kena cucuk.. Ibu pun turut menangis tapi cuma dalam hati jeer laa yg termampu..Kalau bole ibu nak ganti tempat anak ibu nihh... Ohhh

Hari ni hati ibu sedikit happy coz MNAS dah ada selera nak makan. 2 kali makan nestum, pagi n petang.dah mula senyum kalau ibu wat lawak sengal... Kalau sebelum ni lansung x nak senyum, hilang ceria di mukanya, yang ada cuma muka yang muram, sedih, takut n sakit...Alhamdulillah, syukur alhamdulillah Ya Allah kerna mengembalikan sinar ceria di wajah MNAS...

Baru jab tadi ceria kan main duk main gan micha... Duk berlumba2 jalan gan micha dan duk gaduh2 gan micha.... Kul 10 baru tidur,,, harap-harap esok makin bertambah sihat dan flame makin kurang.. Petang tadi doktor Koshy bagitau paling awal bole discharge hari ahad/ isnin ni berdasarkan perkembangan terkini MNAS..doa ibu moga esok dah boleh kuar dari spital.. Doa seorang ibu...

MNAS dah lena betul tidur, nafasnya masih lagi laju turun naiknya, ibu sesambil tulis blog telinga duk dengar ceramah tentang bagaimana untuk menjadi seorang yang ikhlas dalam rancangan tanyalah ustazah di tv 9. Bagus betul isi ceramah ustazah ni untuk menjadi ikhlas bila melakukan sesuatu perbuatan/ perkara kenalah ikhlas kan fikiran dan perasaan.. Jangan sesekali mengharapkan pujian dan balasan setiap apa yang kita lakukan.. Duk diam2 sudah jangan duk canang2 kan kat semua orang apa yang kita buat, nanti jadi riak dan takabbul pulak.. Nak cari redha Allah fikiran dan perasaan kena ikhlas dalam semua perkara.. Hati kena bersih...

Kalau tak boleh jaga hati, baiklah mati.. Hati adalah mahkota dan tempat paling penting untuk kita merasa bahagia.. Segala niat baik bermula dihati dan diekspresikan dengan perbuatan...

Insyaallah sekiranya hati kita bersih dan ikhlas kita akan rasa bahagia dan seronok dalam hidup ini. usahlah menjadi seorang yang hipokrit, di depan semua orang fullamak kan main lagi baik, sopan santun nya.. Bila bercakap masyaAllah kan main lagi lemah lembutnya...di mata semua orang aku lah orang yang paling baik dan mulia... Tapi apa gunanya kalau jauh di sudut hati segala yang dilakukan bukanlah daripada hati yang paling ikhlas, lakonan semata- mata.. Apa guna nya yaa... Puaskah hati itu...?

Masing- masing punya cara so tepuk dada tanyalah selera... Titik tolak sesuatu perbuatan itu adalah daripada hati sendiri...so jagalah hari masing- masing...

Wassalam



No comments:

Post a Comment