Wednesday, December 28, 2011

MNAS



Perkembangan terkini MNAS selepas 1 tahun 2 bulan

1) Alhamdulillah sudah pandai berjalan

2) Alhamdulillah dah mula nak makan macam-macam makanan(kalau sihat. Dulu terlalu memilih. Bila bagi makanan, tengok, pegang dan terus buang tanpa rasa sedap atau tak makanan tuuu..Sekarang tidak lagi, semua makan.. kalau bangun pukul 3 pagi pun kalau bagi makanan boleh jugak makan yaa walau pun sikit

3) Alhamdulillah dah kuat minum susu (pokai ayah..hehhheheh)

4) Tak boleh tukar susu lain, hari tu percubaan untuk tukar susu terus muntah2

5) Kalau makan dan nak lagi MNAS akan mintak nak lagi dengan buat sound effect..haah haah..haaah. kalau lambat suap pun buat sound haah haah hahah jugak..

6) Kalau dah kenyang dan tak nak makan dah akan geleng-geleng kepala tak nak dahhh

7) Kalau buat sesuatu dan berjaya terus tepuk2 tangan, nak motivasi diri lewwtuu

8) Pantang tengok ibu pakai tudung terus nak suruh dukung pergi jalan-jalan

9) Suka baca buku (harap-harap berkekalan)

10) Tak suka main permainan dia sorang-sorang..mesti nak kena teman atau main sekali dengan dia baru lama sikit. kalau tak, tak sampai 5 minit dah datang duk atas riba

11) Manja sangat dengan ayah

12) Manja sangat dengan ibu kalau tak sihat

13) Kalau merajuk terus lentok2 badan

14) Dah pandai bye-bye kalau nak jalan, tapi tgk mood jugak

15) Suka sangat menyibuk bila ibu nak masak, semua benda nak tengok (masak sambil kena dukung ...patah pinggang)

16) Kalau gosok gigi dah pandai tutup mulut rapat2, atau pun akan tunduk dan pandang keatas tak nak bagi gosok gigi

17)Hantu puting....macam mana ya nak bagi buang puting ni..ummm boleh gaduh sebab puting, kalau hilang...

18) kalau naik kereta suka pandang panorama sekeliling dan suka dengar mengaji

19) Kalau makan kat kedai suka minum air ayah or ibu (air manis laa tuu, adoii)

20) Cepat mesra dengan orang lelaki dan suka main dengan budak2 besar

21) Dah pandai panjat tangga sampai atas dan pandai turun sendiri dengan berhati-hati

Tuu jee laa buat masa ni yang teringat...Wassalam

1 comment:

  1. huhuhu.....bila nak mai panjat tangga rumah anok ajwad dan amzar pulok ni Pok Nuh?

    ReplyDelete