Monday, December 19, 2011

"home sweet home"

Alhamdulillah, pagi tadi selamat sampai ke rumah lebih dan kurang pukul 12.30 pagi bertolak dari kelate pukul 5.30 petang..Hujan di sepanjang jalan dan trafik sedikit perlahan sebab banyak lori duk angkut kayu2 balak... monday blues betul laaa hari ni dengan badan yang teramat penat dan lenguh...apa-apa pun syukur Alhamdulillah semua orang gembira dan berjalan lancar kenduri menghantar adik ipar ke rumah lelaki... Aktiviti yang sangat padat, kesana kesini sebagai pemandu pelancong..hahahahha, pemandu pelancong yang tak bertauliah....banyak tempat tak tahu, nama jee orang kelate tapi hancusss bab2 jalan dan tempat2 menarik nihhh...hahaha nasib baik sedara mara request nak pergi tempat yang tahu ajeerrr..selamat... Diari aktiviti sepanjang di kelate:- Hari pertama 16.12.2011 - sampai kb dalam pukul 9.30pagi balik rumah rehat2 kejab. - lepak2 kat dr homestay jalan bayam..sangat selesa dan cantik - bawa sedara mara melawat ke melody beach sambil makan cucuk2 dan keropok lekor minum coconut shake... semua suka... malam - bawa ke uptown wakaf che yeh...besar sangat nak tawaf semua tempat pun tak habis...semua berjalan ,shopping sampai dah tak larat nak gerak..aduiii kat sini susahnya nak parking kereta....kena sedia tempat parking kereta banyok sikit dehhhh..
Hari kedua 17.12.2011 pagi-breakfast di gerai mokcik kat kubang kerian, makan nasi berlauk yang meveless.. dan lepas tu bergotong royong duk buat hantaran..duk decorate pulut semangat ..huuhuu tapi dah tau tangan yang memang takada seni niii...x dapat nak menyumbangkan tapi mensumbangkan pulut semangat tuuu..kikiii ok laa daripada takada baik ada...
2 petang- rombongan belarak ke rumah lelaki, dekat sangat lokasi homestay ni dengan rumah lelaki naik kereta tak sampai 5 minit dah sampai 4 petang - balik dari kenduri, boleh lagi pegi duk melepak dan makan2 di Dklasik pulak..hahhahahhaha 12 malam- pegi lepak lagi di Dklasik, encik HB ni lapar tengah malam2 buta nii, so takada yang lain laa yang lagi best hanyalah di DKlasoik nih...hehhehhe, promosi macam ada share pulak ya..tapi memang betul best lepak dekat sini.. Hari Ketiga 18.12.2011 pagi g breakfast kat tawang...oohh terbreakfast sekali gan wakil rakyat laah pulakk..ok laa tuuu bawak sedara mara pergi kota bharu, terjumpa kedai borong permainan kanak-kanak..semua dah excited sebab harga sangat-sangat murah..masing-masing memborong sampai tak muat bonet kereta..hehhehe tapi serius best laa kedai tuuu..Ibu dan ayah MNAS pun terjebak sama...memang lama dah duk aim nak beli tuk MNAS nihh..tapi kat kl mahal sangat...rezeki MNAS LAA NII...
lepas memborong mainan, destinasi seterusnya Pasar Besar Siti Khatijah....borong kain pulak,..seronok tengok macam-macam fesyen kain duk ada sekarang nih...yang paling menarik perhatian kain serai wangi..bau memang sebijik macam bau serai wangi..hehhe harganya pun murah jeer..tapi memang tak beli laaa sebab kemelesetan ekonomi sekarang hahahha, nak-nak hujung2 tahun ni banyak nak pakai duit nanti anak nak sekolah laa, nak beli baju sekolah, nak beli buku sekolah anak laa..hahahaha macam anak dah sekolah iyooo..hehhehehehheh..tteeettt tettttt.. petang- pukul 5.30 petang bertolak pulang ke Shah Alam.Alhamdulillah semuanya dipermudah kan dan sampai ke rumah dengan selamatnya...Alhamdulillah. Jom layan gambar2 MNAS tengah test drive kereta idamannya...senyum anak ibu yaa...
Kereta pertama MNAS
ghehhh ghehhhhh..pin ponk
Wassalam

No comments:

Post a Comment