Tuesday, March 12, 2013

F.A.M.I.L.I

Assalamualaikum

Dah setel kerja tuk hari ni, boleh laa tarik nafas sikit melepaskan lelah.. hahhaa macam laa keja membanting tulang empat kerat sangat kan..heehee, kalau kerja kat sawah padi tengah-tengah panas cheng tuu dok tau laa guane gamoknyee.. Hidup sekarang ni semuanya nak selesa ajee ya, panas sikit tak boleh, penat sikit pun tak boleh.. umm semuanya nak komplen sana-sini..hoohoo, so mulai sekarang marilah kita mensyukuri setiap nikmat dan rahmat yang dikurniakan pada kita...no more complaint!!!

Bila dah ada banyak gambar dalam tangan nih macam-macam nak diupdate ya, biar pun gambar dah agak expired disitu.. tapi kan siapa nak peduli kan..tapi macam biasa laa kan tak leh la nak tepek pics jee semedang coz kena wat banyak keja daa, nak kena resize pic pastu nak kena buh water mark lagi...so nak bercerite pasal famili lak kat sini

Hah nilah adik beradik kiter yang sentiasa closed each other dan saling sayang menyanyangi satu sama lain. Hahaaa mesti rasa kepelikan di situ coz semuanya pompuan. yup memang memang semuanya pompuan, sorang je lelaki. 8 orang pompuan dan sorang je lelaki (intan payung penawar jantung pisang semua dia lahh). Semuanya dah dalam fasa matang dan berkeluarga dan beranak pinak. Boleh dikatakan very big family. Dalam pic tu ada 7 orang je, kakak yang sulung takda sebab masa ni gah bz menerima menantu dan abang lak sibuk tanya arah jalan sebab masa ni nak pergi belarok anak sedara.  Walaupun masing-masing dah memasuki fasa matang tapi muka dan badan still maintain awek muda (hehehhehehe). Macam gambar sekolah dulu-dulu dari kiri belakang (tudung hitam) adalah kak chik (nombor 2), kak mie (nombor 8), kak nit (nombor 4), pastu barisan depan dari kanan (yang duk riba handbag tu) adalah kak wan (nombor 2), kak syikin (nombor 5), kak yah (nombor 7) dan ehem ehemmmm kiterr leer tuuu (nombor 9 daaa). Haaahaa ramai kan.Tq mok sebab melahirkan kami semua dan menjaga serta membesarkan kami semua. tq jugak pada arwah ayah untuk segala-galanya....


Hah ni pulak gan 3 orang anak sedara daripada berapa yaa total anak sedara ku sekarang ni...dah lebih 30 orang kott...ummmm anak sedara lagi besar daripada maksu nyee dahh...huuhuu yang pakai tudung ala-ala rambu rambai tuu yuni, kumbang kat tengah-tengah tu yie dan yang pakai spek tu along...dan yang berdiri tuuu abang yasin (abang ipar),,, Gini lah kalau musim raya memang semua berkumpul dan macam-macam aktiviti dan cerita yang dibuat sesama...syoikkkk, harapnya berpanjangan rapat gini selama-lamanya. gaduh, no,no,no (kata MNAS)


Hah ni pulak sepupu dua sejoli yang membesar bersama dan gaduh pun bersama jugak. Beza umur sehari jee, biasanya MNAS selalu buli micha nih...gaduh baik gaduh dan baik jab jee. Micha laa yang selalu mengalah...umm sian kat Micha.


umm suka betul MNAS gan Micha nih bebas explore dan bermain kat kampung. Boleh berlari sana-sini . Sweet jee pic ni kan, tengok gaya macam MNAS nak duk menyakat Micha daaa..hehhehehehheh


Rasa cam nak balik kampung laa sekarang..hahahhahahhaha, sabar lah hati.


Wassalam

4 comments:

  1. Jom balik bulan 4....mu beranak kampung lah.....

    ReplyDelete
  2. hok aloh...mu balik kejab jahhh, pastu tinggal aku sorang-sorang pulok...brp hb balik?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Salam kak Kamsiah. terima kasih sudi singgah, saya dah singgah teratak akak..

      Delete