Tuesday, March 19, 2013

'Double Standard"

Assalamualaikum

Pernah tak dalam hidup kita seharian tak kira kat mana kat ofis ke, dalam famili ker, sesama kengkawan ker or kat mana-mana saja la kena hadap dengan situasi "double Standard" nih.? Kadang-kadang kita tak der pun jadi mangsa keadaan nih, tapi kita berada dalam situasi nih mesti kita jadik lemas jugak kan...

Double standard ni selalu berlaku kat mana-mana pun, yang paling biasa berlaku kat ofis laaa. Biasanya antara orang atasan gan staff laa, hakikatnya sorang boss kena melayan semua staff sama rata dan tidak boleh memilih bulu. Kalau orang ni buat salah, tegur dengan secara berhemah dan profesional. Kalau orang lain pulak buat silap pun sama jugak tegur secara berhemah dan profesional. Tidak boleh orang ni buat salah just ignore(sebab apa pun tak tau laa) tapi orang lain ulangi kesilapan macam orang pertama tadi teruk pula kena belasah dan kena basuh..kat situ kita dah dapat smell something wrong somewhere...Orang-orang disekeliling kita akan cepat perasan benda-benda yang cengginikan....Kalau orang lain boleh sedar, ngapa orang-orang yang berkenaan tak boleh sedar pulak. Kenapa nak kena ada favoritism disitu kerana dalam sesuatu syarikat semua staff adalah aset. Tak kira apa pangkat sekali pun...semuanya menyumbang kepada produktiviti dan eficiency sesuatu syarikat.

Bagi individu yang selalu di cover nih pulak, memang akan makin besar kepala dan suka buat hal dan peraturan sendiri lak. Sesuka hati nak buat apa pun sebab dia tau kat belakang dia ada orang kuat duk support dia... Bagi staf lain lama-kelamaan makin tak kuasa dengan situasi gini hingga sampai satu takat ramai-ramai pakat berenti yeapp. hah sapa jugak yang rugi kan.....kita dan keluarga kite jugak yang rugi..kuikuiii..tapi bila kita berhadapan dengan situasi begini, kita sebenarnya tak tahu nak react macam mana kan? nak buat diam kita sendiri yang sakit hati, dok gitu.. kalau nak face to face dengan orang-orang berkenaan nanti apa pulak perception depa kat kite pulak...haishhhh serba-salah disitu kan...hahahhahah, last-last kita ignorekan ajeee...sonang cerita, butakan mata dan pekakkan telinga..ummm boleh kee kita buat camtu? senang ke hati kita?

Dalam sesebuah famili pun ada gakk berdepan dengan situasi camni. biasanya dalam famili yang besar, tapi seboleh-bolehnya benda ni tak boleh laa ketara sangat sebab apa sebagai ibu bapa kita kena layan dan bahagi kasih yang sama rata untuk setiap anak-anak. Bahaya sangat persekitaran yang mana anak membesar terpaksa berdepan situasi macam ni..mesti diorang akan memberontak dalam diam. Setiap anak ada keistimewaan dan kebolehan masing-masing, ibu bapak kena pandai explore dan support setiap kebolehan anak-anak nih. Sesetengah anak dari segi pendidikan dan ilmiah tak berapa sangat tapi dari segi kreativiti dan  hands on sangat superb. Kat sini ibu bapa kena memainkan peranan yang besar tak boleh asyik nak kondem dan compare dengan orang lain. Kalau keadaan macam ni berlaku lama-lama anak-anak akan jadi bosan dan akan mewujudkan satu perasaan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri dan admit yang dia tak pandai, teruk dan tak sehebat orang lain...apa-apa hal dia mesti tak nak expose diri sendiri sebab diorang dah pasakkan dalam otak diorang yang diorang tak hebat dan tak sebagus orang lain. Daya saing untuk maju memang zero kat situ.. Bila anak-anak dah dewasa dan tak reti nak berdikari mulalah jadi masalah kepada sesebuah famili. Tapi akar umbinya bermula daripada didikan ibu-bapa tu sendiri.

Benda-benda nih memang kena sentiasa beringat dan ingatkan sesama sendiri dalam menjalani hidup sehari-hari. Kadang-kadang yang bahaya nyeer kita tak sedar apa yang kita buat tu adalah salah hingga lah ada sorang yang menyedarkan kita dengan bagi pang sebijik yea...dan brain wash kiter...hehehhe, rasanya kalau kita yang mendouble standard kan orang lain dan datang sorang hamba Allah nih bagi tazkirah dan brainwash rasanya kalau tak otomatik kita sedar, esok or lusa mesti kita sedar kan... Tapi kalau melibatkan orang lain ummm tu yang susah sangat...kena carik middle person yang sesuai yang berani dan tahu cara nak handle situasi nih jee baru boleh setel dokk...kalau tak benda nih makin teruk...

Ada kee antara kita-kita nih berdepan dengan situasi gini.. .cer story sikit


picture; kredit to google image..

Wassalam

1 comment:

  1. kat mana2 pun ada kes mcmni jugak. huhuhu. x paham kdg2 ngan perangai manusia

    ReplyDelete