Tuesday, May 28, 2013

43 hari...

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran setelah dah bersawang rumah ni... Kena cepat-cepat update sebab Damia ni kalau tidur siang paling lama pun setengah jam... Apa yang difikirkan tuu pun tat tau laaa. Kejab bebenor tidur.. Nak buat apa-apa pun mac lipas kudung.. Masak pun main campak-campak dan ala kadar jeer.. Kalau dis dah bukak mata memang takder duk relax-relax ke aper dulu terus jee bukak hi-fi dgn high pitch terus..somput ibu... Mak makan pun tak sempat habis dah bangun.. Heeheee biasa ni anak ibu ni. Nasib baik abang takde buat perangai. Big bro gituh yg sayang sangat gam adik dia. Kejab-kejab nak cium, spot yg dia cium kat kepala or kat tangan jeer. Kat muka dia tak berani nak kiss lagi..

Perkembangan Damia setakat hari ni, Alhamdulillah semua ok dan sihat sokmo. Menyusu still banyak lagi, kerap tapi dah kejab laa. Tak mcm dulu sampai lenguh satu badan daaa.. Alhamdulillah berat pun makin naik rasanyer coz peha gan tangan dah ada ketul-ketul disitu dan bila dukung pun dah rasa lenguh..

Malam purata bangun menyusu dalam 5-6 kali. Susah nak start tidur, kadang-kadang tu sampai 10 kali duk angkat letak dalam buai baru lah lena..

Still lagi favorite time dia adalah masa mandi.. Dah start senyum-senyum dan dah mula bercakap.. Wootvwoot woot, aaahh, ahhh. Cuma satu je kebimbangan nyeer sekarang Damia dah tak nak minum dalam botol  walaupun susu yang diperah.. Adoiii kalut kalau mcm ni nanti kalau dah mula keja.. Nak kena train dia semula minum dalam botol.. Huuhuuu, shusah hati ibu ni laaa...

K Damia dah bangun... C yaa

Wassalam

No comments:

Post a Comment