Wednesday, May 29, 2013

44 days- merdeka sudah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur sangat dah 44 hari. Kiranya dah merdeka dalam erti kata lain dah bole kesana sini dan boleh makan apa yang teringin kat tekak ni. Proses berpantang 44 hari ni selalu orang kata untuk rest dan recover diri. Tapi boleh kee macam tu, rasanya istilah rest tu xder sebenarnya makin bnyak benda nak kena buat adalah.. Nak- nak kalau kita ni dah ada anak-anak yang lain. Malam pun tak boleh tidur dgn cukup, pastu belah siang pulak memang kirim salam laa nak tidur cover yang malam tuu. 

Abang gan adik..

Mungkin kalau berpantang mak jaga kat kampung boleh lah macam tu, tapi kesian pulak kat mak kiter kan.. Tapi apa-apa pun syukur Alhamdulilah walaupun serba kepayahan, stress dan macam-macam hal yang berlaku dapat juga diharunginya. Terima kasih YA Allah.

Sempena merdeka dah ni macam nak pergi memanjakan diri pulak, uummm tengok lah macam mana nanti kena carik masa yg sesuai.,, nak- nak Damia swkarang tak nak minum gan botol.. Sayang nanti minum botol yaa... Senang sikit ibu nak g mana-mana.

Ummm banyak lagi benda nak buat nih, tunggulah weekends ni baru mulakan operasi.. Kerja ofis pun dah berlambak- lambak dah masuk. Umm kalau nak ikutkan hati ni malas jee nak layan yalah kite gah bercuti pun still boleh duk telefon bagi order.. Hai pelik betul karenah manusia nih.. Macam nak extend cuti lagi sebulan jeee.. 


Ok nak layan citer industan kejab laa, lama tak feeling2 nih.. Citer jab tak hai jaan ni macam best jerr, SRK yg berlakon arahan yash copra. Mesti citer cinta yang tragis ni.. K bubbyee

Wassalam

3 comments:

  1. beli kat astrobest ek? aku pon beli kelmarin...tgk lepas budak2 tido....best wooo citer dia....hehehehe

    ReplyDelete
  2. bestnye.. merdeka sudah... TAHNIAHHHH!!! comelnye baby..

    ReplyDelete
  3. cepatnya masa berlalu kan kak. tau2 je dah abis pantang. tp mcm saya dulu, even 44 hari abis pantang, tapi saya teruskan juga hingga 100 hari (pakai bengkung, mkn jamu, x buat aktiviti yg lasak dll)

    ReplyDelete