Tuesday, April 24, 2012

Jom kejar burung...

Assalamualaikum

Ahad
Petang mnas merengek-rengek nak keluar, boring laa tuu duk kat rumah. Hummm kesian kat anak ibu.. Sehari-hari duk terperap jeer kat rumah, so hari minggu mulalah meroyan nak keluar...

Pikir punye pikir maka jom la wahai anak kita pergi tengok monkey, burung dan ikan kat taman ttdi nun.. Ibu suka tempat tuuu sangat.. Dulu bila ibu bosan, sedih or happy situ lah tempat ibu tuju..pergi jogging, senamrobik, main badminton dan membawa hati yang lara pun kat situ laahh.. Umm kenangan lalu kalau dikenang memang buat tersenyum sendiri jadinyaa..

Bila dah dekat nak sampai boleh laa pulak mnas tertidur.. Aduhai wahai anak ibu, bangun laa kita pergi tengok, mengenal dan bersatu dengan alam sekitar... Macam mana ni, tak boleh jadi kena kejutkan jugak anak ibu nih.. Ingatkan dia menangis laah coz kacau dia tidur tapi Alhamdulillah ok jer dan bila tengok jeer sekawan burung merpati tengah makan beras tang ditabur oleh pengunjung2 taman yang sangat baik hati itu, terus dia mengelupur nak turun daripada dukungan ibu.. Haahaa, pertama kali mnas tengok burung merpati yang banyak gitu terus tak tentu arah jadinya.. Terus pergi kejar burung-burung tu sambil mulut tak berhenti-henti bercakap... Apa lagi terkejut lah burung-burung tu dibuatnya, apa lagi terus terbang. Mnas bertepuk tangan bila burung-burung tu terbang rendah dan kejab jeer datang balik tuk makan..jinak sangat burung-burung nih..

Seronok betul mnas duk kejar burung-burung tu sampai lencun satu badan dengan peluh dan muka pun merah padam dibuatnya.

Tengah duk seronok kejar burung tu, datang pulak monyet- monyet duk nak join makan gan burung tuuh.. Mnas dengan selambanya duk nak pergi kejar gak monyet tuu.. Seriau ibu duk menengoknyeet,, takut monyet tu datang terkam kat dia pulak.. Umm bila dah banyak monyet tang duk turun dan main- main kat situ, terus ibu dukung mnas dan bawak pergi tempat lain..haahaa alasan sebenarnya ibu yang duk takut gan monyet-monyet tuhhh.. Kuiikuii..

Terus bawak mnas pergi padang main kejar-kejar..gigih dia duk panjat bukit-bukit yang duk ada. Ramai budak-budak duk gigih menangkap ikan dalam anak sungai kat situ.. Kesian kat budak-budak kl nih ya, takder tempat nak main dan meneroka alam semulajadi nih..

Mengimbas balik kenangan dolu-dolu masa kecik-kecik, melasaknyer bukan main lagi.. Main bola gan budak-budak lelaki, tangkap ikan laga kat baruh depan n belakang rumah, mengail ikan puyu, carik siput kat bendang, panjat pokok, melastik burung, mandi kat tali air dan macam-macam lagi aktiviti yang duk buat dulu zaman kanak-kanak.. Tak boleh duduk diam, ada jeer aktiviti yang duk plan dalam kepala nih. Dulu ramai rakan sepermainan.. Main, gaduh dan berbaik semula.. Ummm seronok zaman dulu-dulu dapat main semua tuh..

Sekarang dah susah nak carik tempat tuk anak-anak main dengan selamatnyaa.. Nasib baik ada lagi taman-taman yang cenggini, kiranya takder laa ralat sangat. Bila stress or nak beriadah bersama keluarga boleh lah datang sini..

Bila dah puas duk main kejar-kejar gan mnas kat padang,(sebenarnya ibu yang penat, hihii) moh kita g main kat playground pulak.. Lepas dan biar jee mnas main gan budak- budak kat situ. Mnas suka nak kawan dengan budak-budak lagi besar daripadanya, dengan yang sebaya or lagi kecik daripadanya tak nak pulak dia main...ummm

Pukul 6 pm gerak balik rumah, kalau nak ikutkan sampai malam pun seronok jee mnas tuu duk main.. Tak apa la sayang, InsyaAllah kita datang lagi ya...

Wassalam

No comments:

Post a Comment