Thursday, April 12, 2012

Buat para suami...

Assalamualaikum
Sebuah perkongsian...yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..

Buat Suami,
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu
Dia akan menurunkan rasa EGOnya

Wahai suami....,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami....,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN & CIUMANnya biasa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya…

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya biasa membawa PERDAMAIAN

Wahai suami...
Tidak perlu lagi bersoal jawab itu ini,
Kenapa, mengapa dan sebab apa,
Lelaki insan yang terpilih untuk menjadi pemimpin,
Pimpin lah tangan isteri dan anak-anak yang halal buatmu,
Jatuhkan egomu demi sebuah kebahagiaan,
Hiasi syurga rumahtanggamu dengan penuh kasih sayang, cinta dan hormat menghormati,
Hanya kerana Allah...Aamin

sumber: daripada salah satu blog(lupa namanya) yang di edit sedikit...

Wassalam

4 comments: