Thursday, April 12, 2012

Luar biasa

Assalamualaikum
Hari ni mood untuk mengupdate agak luar biasa, walaupun hakikatnya kerja melambak-lambak..umm takper lah pelan-pelan kayuh sesambil ambik mood.

Kenapa ya, bila usia makin meningkat lagi macam-macam kita fikir, lepas tu stress. Adoii, bila dah stress mood pun kureng dan larik entah ke mana. Adakah ini salah satu faktor penuaan? or hormon? Kadang-kadang benda yang tak patut kita fikir pun sibuk jugak nak sesakkan kepala nak fikir.. pastu menyusahkan diri nak cool down balik. kui kui

Nampak sangat dah macam mak-mak dan nenek-nenek nih..selalu dengar orang duk mengata terutamanya kaum adam nih pompuan dan leteran sangat lah sajak bersama, pasai apa ya?tak ada pasai apa or nak carik pasai sebenarnya pompuan ni pemikir dan penyayang orangnyee.. sebab bila dah banyak-banyak dan macam-macam fikir mulalah rasa tak sedap hati laa, risau laa, bimbang laa..end up mulut tak berenti-renti berkicau..HAAHAAAHA

Mungkin satu lagi teori yang boleh diterima pakai pompuan vs berleter nih, seperti yang semua tau pompuan nih jenis yang tak leh duk diam, ada jeer benda yang nak dibuat, end up badan penat dan otak pun jadi penat. So bila semua dah penat dan dah tak larat nak buat kerja lagi start laa pulak mulut yang bekerja.. dengan harapan nak tengok semua benda in order...itu jeer, so bagi yang tak nak dengar leteran dan bebelan tolonglah kaum pompuan nih buat kerja especially suami-suami yang mana isteri bekerja dan tak ada pembantu rumah. Tolong menolong kan amalan yang mulia...apa yang penting KERJASAMA..

Semua orang nak jadi luar biasa kan..bukan lah luar biasa macam superman tuuu boleh terbang ke, or boleh ghaib kee apa..Luar biasa dalam konteks ni, adalah menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif, bersemangat, berwawasan, berdisiplin dan sentiasa bersedia meminta maaf dan memaafi sekiranya ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Sentiasa berbaik sangka terhadap orang lain, mempunyai hati yang bersih dan semua pakej dia atas lah...

Dalam dunia hari ni, or dipersekitaran kita hari-hari kita selalu jumpa bermacam-macam ragam dan peel orang. Ada yang baik di depan dan kat belakang kaw-kaw jee mengutuk kita. Ada yang buat-buat baik gan kita sebab nak kan sesuatu dari kita..macam-macam...satu lagi ada yang jenis HIPOKRIT, golongan yang macam ni amat bahaya, kerana di depan kita dan di depan semua orang baiknya, sopannyer, lembutnyer memang terbaikkkk. Tetapi dibelakang kita macam-macam sanggup buat untuk menjatuhkan kita. Golongan yang macam ini memang pelakon terhebat kerana kita tidak sedar macam mata dan hati kita ditutup dengan kain hitam yang amat tebal.....kita cuma boleh berdoa pada orang-orang sebegini supaya dibukakan hati dan diberikan keinsafan hendaknya..

Paling penting diri kita sendiri, kena sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Bila kita layan semua oarng dengan baik, orang jugak akan layan kita dengan baik tanpa ada apa-apa agenda tersembunyi...

Hidup terlalu singkat untuk bermuram durja dan bermusuh-musuhan antara sesama manusia. Hargai apa yang menjadi milik kita dan orang lain dengan sewajar-wajarnya, InsyaAllah hati kita akan menjadi tenang, setenang air di kali.


Wassalam

No comments:

Post a Comment