Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Assalamualaikum

Haahaa, caya lah dah raya ke-9 baru terhegeh-hegeh nak update blog yeap. Sakan raya ya... Ampun dan maaf dipinta memang bila dah sakan beraya kat kampung tercinta agak lemau sikit untuk nak update blog nih.. Bukan takat blog, mukabuku pun setakat bukak pastu tutup jeer.. Umm memang fokus 100% kat raya laaa..

Bila dah balik kl, dan hari ni dah start kerja nak carik mood tuu memang payah betul... Rasa tak puas nak bercuti, duk kat kampung bersenang lenang goyang jeer.. Syiookk gitu.

Macam mana raya u olls semua? Raya kali ni, memang tersangat sibuk dan penat travel ke seluruh kelate.. Capek sangat dan mabuk makan daging. Kenduri kawin bermula raya ke3 hingga raya ke7. Fuhhh memang pecah rekod tahun ni setiap hari kena travel pergi makan bekwoh dan belarok... Dengan jem lagi, biasanyer ambik masa 30 minit tapi sebab kan jem bole lajaknyer sampai 2-3 jam.. Perghh..

Apa-apa pun memang happy dan excited dapat beraya bersama keluarga dan saudara mara tersayang. Dapat berkumpul, makan dan bertukar-tukar cerita bersama adalah saat-saat terindah yang tak boleh di jual beli. Walaupun penat tapi berbaloi-baloi..

Cerita raya, kita peram dulu lah...

Wassalam

2 comments:

  1. woittt cepatlh update cerita dan gambar raya...esp kalau yg ada gambar anoks

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik lah, tapi x banyak pics laa semua dekat azim lagi...tunggu dan bawak2 bersabar ya..

      Delete