Wednesday, August 15, 2012

Berhati-hati di jalan raya...

Assalamualaikum

Rasanya dah ramai kawan-kawan semua yang dah start balik kampung dah. Ada yang bertolak malam ni, ada yang bertolak pagi-pagi esok, malam esok dan seterusnya.

Semuanya tengah tengah dalam mood balik kampung dah...pesan kat tukang bawak kete tu, supaya berhati-hati dan bawak banyak-banyak bersabar semasa memandu nanti. Kalau sendiri yang bawak kete tu, hah bagitau kat diri sendiri kena fokus lebih masa memandu tuu. Yalah musim perayaan ni, memang memandu balik kampung ibarat macam nak berperang. Lebih-lebih lagi sapa yang kampungnya kat belah pantai timur. Jem dengan ribuan kereta tu memang dasyat.. kalau biasa perjalanan daripada KL - Kelate ambik masa 6-7 jam. Tapi kalau musim sekarang memang nasib baik sangat lah kalau dapat sampai dalam masa 7 jam tuuh...Biasanya akan makan masa 10 jam keatas,ada tuu yang kena sampai 20 jam baru sampai ke kampung halaman. Cuba bayangkan 20 jam memandu atau pun tersekat dalam jem, kereta gerak pelan-pelan jee macam siput, siput pun lagi laju daripada kereta kat setengah kawasan terutamanya kat Bukit Tujuh tuuh...

Kalau daripada kl nih, nak lepas tol gombak pun boleh ambik masa 3-4 jam dahh, bercinta nak lepas sebab semua kereta berduyung-duyung nak keluar daripada kl....

So kena bersedia dari segi mental dan fizikal, kena cukup rehat dan cukup tidur. yang penting kena bawak banyak bersabar jangan memotong sesuka hati jee sebab nak cepat..bukan kita jee yang nak cepat sampai, semua orang pun nak cepat sampai jugak. Kena ikut peraturan lalu lintas, jangan ikut suka hati mak nenek kita jee nak potong que or double line. Bila kita start buat macam tu, pemandu lain akan panas hati dan akan ikut sama macam tuu.. haha bertambah lah jem kalau semua orang dah potong line dan buat dua, tiga, or empat line. padahal jalan bole buat satu line jeee...ummm disaster lah jadik nyeer.

sama-sama lah kita berdoa supaya perjalanan pulang ke kampung dan perjalanan pulang semula ke kl (bagi sesapa yang duk kat kl lah) selamat dan berjalan lancar tanpa ada apa-apa musibah dan mala petaka..Supaya semuanya selamat sampai dan dapat meraikan hari raya bersama sanak saudara tersayang di kampung halaman masing-masing..

Wassalam


No comments:

Post a Comment