Friday, March 30, 2012

Refleksi diri

Assalamualaikum

Jumaat datang lagi, penghulu segala hari. Boleh menarik nafas lega.. Bila direnung, berapa banyak masa kita dihabiskan untuk memperhambakan diri padaNYA. Begitu sedikit masa kita untuk menyerahkan jiwa raga kita kepada PENCIPTA, terlalu sibuk dengan urusan duniawi. Sedar tak sedar seminggu telah berlalu. Di minggu yang baru kita terus sama menjalani rutin yang sama... Begitulah seterusnya.. Kadang-kadang kita lelah, penat dan rasa sukar untuk bernafas dengan senario ini.. Tapi kita teruskan juga... Mengapa?...

Setiap hari masa berlalu pergi meninggalkan kita tanpa sebarang amaran. Sedar-sedar kita sudah separuh abad, dan bila kita hitung banyak nya benda yang kita sudah terlepas... Sedih...

MNAS daripada dulu tak suka main mainan sorang-sorang. Kalau main pun tak lama dia cepat bosan. Tapi kalau ibu gan ayah main sesama wah bukan main lagi seronok. Tepuk-tepuk tangan sebab ibu gan ayah terlebih suday, main beria-ia mengalahkan dia. Biasa nya main bola lah, berdentum dentam la bunyi sepak bola. Sib baik bola plastik or bola getah budak-budak puyer, kalau bola betul mesti lagi haru... Haahas

Satu lagi perangai MNAS pasal mainan ni, dia tak kedekut gan sesapa yang nak main mainan dia. Bila budak2 lain datang dan main mainan, dia boleh relax jeer tengok dari jauh. Takder nak marah or kemut tak bagi keer apa.. Bila ada yang menangis sebab berebut mainan dia akan pandang dengan muka hairan..umm harap-harap keadaan ni kekal ya sayang. Sentiasa berbuat baik dengan orang lain tak kira siapa. InsyaAllah hidup akan diberkati.

Layan gambar-gambar MNAS gah main-main gan belon yg masa harijadi rituu, duk gantung kat dapur. Bila bawak turun dan wat main barulah dia nak main kejab pastu dah tak nak main dah...So simpan dalam stor ajeer laa...

Wassalam




Sejuk hati ibu tengok anak ibu tidur..lenanyaa...

No comments:

Post a Comment