Thursday, March 29, 2012

Seminggu satu kali

Assalamualaikum

Sekarang stok update blog seminggu sekali, macam bz melampau jeer dengarnyeer.. Bz tu biasalah, dah nama nyer kerja mestilah kena bz idokkk iya.. Kesempatan nak mengupdate tuu semakin kurang, dulu selalu update bila kat rumah. Sekarang kalau nak update kat rumah asal pegang phone jeer, anak bujangku akan terkedek-kedek datang dedekat dengan senyuman paling menawan habis laa dukk tunjuk-tunjuk kat simbol utube, sambil mulut tak berenti-renti membebel. Kalau ibu buat donut jer dan tak layan dia mula lah dia bukak radio buruk dia tahap maksimun... Huuhuu, so kekdah nya tak dapat laa nak update.. Bila anak tido dengan ibu sekali duk terbongkang... Haahaaahuuhuu

Just nak story aktiviti hujung minggu lepas yang duk buat bersama keluarga..

Sabtu(25.2.2012)
Lepas breakfast n lepas MNAS bangun tidur( nap sesi pagi) terus pergi ke karnival ttdi naza kat depan rumah tuhh.. Umm macam-macam aktiviti duk ada kat sana, belon panas, sesi bersama penyampai radio sinar fm siapa lagi kalau bukan khairil dan abg jem. Banyak model-model baru kereta duk display dan jugak projek-projek perumahan dan lot-lot kedai yang tengah dalam pembinaan.. Fuhhh harga rumah sekarang memang melambung-lambung harganya dan macam tak logik pulak.. Tapi itulah realiti sekarang, kalau nak beli rumah itulah realiti yang kita kena terima.. Nak terima atau tidak, terpaksalah kena terima.. Kalau tak memang tak berumah lah nanti..

Duduk kat situ dalam sejam jer, coz MNAS dah tak selesa coz panas. Kesian sampai dah Merah muka jadiknyer menahan panas.. So cepat-cepatla ca alip but... Cabut...

Dari karnival naza tuh terus straight ke the curve, sesaja jejalan dan nak carik barang sikit... Sampai ke malam duk mengukur area ikea, ikano dan the curve tuhh.. Bagus tuk exercisevtuhh dah brp kalori yang duk bakar tuh.. Ummm separuh kalori terbakar lepas tu cepat-cepat duk top up balik gan makan kat ayam penyet tuhh.. Dah lama tak pekena ayam penyet nih..Tapi rasa dia dah macam kureng sikit lahhh.. Umm mungkin selera dah condong ke arah lain kott..Balik dah malam n MNAS siap dah terbongkang dalam kete... Bagus wahai anak, enjoy sampai penat then malam lena sampai pagi...

Ahad(26.2.2012)
Hari ni pagi-pagi pergi kedai carik lauk pauk coz anak2 sedara n kakak tercinta nak datang lepak-lepak kat rumah.. So menu tuk hari ni just masak menu yang simple aje ikan jenahak masak lemak cili padi, sotong masak sambal, ulaman, ikan kering dan ayam goreng... Alhamdulillah dapat lagi berkumpul ramai-ramai dan makan bersama-sama...alhamdulillah srmoga tradisi ini dapat diteruskan...

Just layan pic2 di bawah..

Wassalam






No comments:

Post a Comment