Thursday, June 19, 2014

CuticutiMalaysia

Assalamualaikum

Sempena cuti sekolah hari tu, berkesempatan bawak anak-anak dan famili pergi jalan-jalan. Tak jauh pun, 2 jam jee daripada Shah Alam ni. Walaupun tak jauh tapi tuan puyer diri nih tak pernah lagi pijak kaki kat Ipoh nih.. Haahaa sedih kan...

Pergi 11-13/6/2014, ambik cuti 3 hari. Seronok sesangat sebab dapat spend masa gan famili dan anak-anak nih. Sebelum mula sibuk gan agenda kerja sampai lah bulan 10 nanti. Just nak tepek gambar-gambar dulu citer kita wat part by part laa baru senang nak refer lain kali...

On the way, dalam kereta.. Sikenit ni happynyaaa dapat jenjalan

Dah pandai memacam, ajak berselfie macam-macam pose diberi..

Aksi cuci mulut pulak...

Abang pun nak join sekaki.. Suka tau abang duk conquer skrin nih..

Abang dah start take over dahh

Bukti kedua...dia dah start dahhh.. Mana adik?

Book apartment kat sini tuk 2 malam sebelum cuti sekolah lagi.. Rezeki dapat rate murah sikit. Kalau tidak harga lagi mahal sebab cuti sekolah. Alhamdulillah...nanti kita citer pasal the Haven nih.. Best!

Sementara menunggu check in, abang sibuk duk belajar nak buat peace yo..

Cuti-cuti ni disertai oleh 3 famili termasuk mok gan cik Yah yang nun jauh diterbangkan daripada KB. Memang dah lama niat nak bawak mok pergi bercuti, Alhamdulillah tercapai akhirnya. Lain kali boleh rancang another trip yang jauh sikit..Insha Allah...

Suasana di The Haven...



Amat mendamaikan bagi melepaskan lelah dan stress yang ada. Kombinasi gunung batu kapur, tasik dan permandangan menghijau mendamaikan jiwa.. Malam-malam boleh wat jungle tracking gaks..

Malam lepak santai di Plan B. Nanti kita jugak pasal restoran no yaa.. Hashaa banyaknye nak citer.. Harap-harap ada kesempatan..

Berkesempatan jugak ke Lost world of Tambum.. Nanti citer jugak

Alhamdulillah semua happy lain kali kita cuti-cuti lagi...

Wassalam