Friday, December 16, 2011

Mission Impossible: ghost protocol

Semangat sungguh nak tengok MI ni, balik daripada kerja berdesup ke MBO.. Ingatkan penuh sesak laa pawagam tapi nan ado... 2,3 kerat jeer kt dlm tuuu...sejuk kenmain lagi...haahaa maybe tempat baru kott..

Cerita MI kali ni tak berapa nak Umm laa, aksinya macam tak berapa nak Impossible sangat... Tapi masih boleh dilayan laaa.. Agent Ethan masih lagi macho, gagah dan bergaya mutu keunggulan walaupun dah tak berapa nak muda...Ahahh

Part yang paling best aksi memanjat bangunan tertinggi di dunia tuu Yg kat Dubai tuuu,, huuhuuu saspen sungguh.. Kesimpulan MI 4 ni boleh digredkan 3/5... Boleh tahan n boleh ditonton bersama keluarga...

Wassalam


Thursday, December 15, 2011

Imbasan ke belakang 3

7.11.2011: Selamat hari raya Haji...sedey kena beraya kat kl ajeer.. Hee hee, ok jee beraya kat mana2 pun cuma pengalamannya jauh berbeza.. Kat kl raya haji tak meriah ya.. Cuma duk kat rumah dengan keluarga terdekat jee

Kiranya raya haji yang pertama meraikan dengan MNAS... Seronok jeer anak ibu beraya + dapat gakss duit raya.. Hee hee

Anak ibu bergaya sakan dengan jubahnya, macam pak haji.. Hehee Insyaallah ada rezeki kita pergi sana yaa sayang.. Aamin.

Wassalam

HOO hooo hooo Balik Kampung

Esok pagi2 lepas subuh perancangannya nak balik kampung..Harap2 semuanya dipermudahkan olehNya. Umm MNAS ibu mesti seronok dapat jalan-jalan balik kampung..dah berapa lama ya tak balik kampung?ooo dah 4 bulan tak menjenguk kampung halaman, patut laaa dah rasa macam lamaa dah tak menghirup udara segar di kampung, makan nasi berlauk kedai mokcik, g jalan2 kat pantai irama sambil makan kopok dan ikan celup tepung, minum coconut shake, lepak2 kat kopitiam kubang kerian tuuu..apa namanyeerr ya..aisehhh ternyanyuk pulakkk laaa...ummm tahap pelupe sekarang makin menjadi-jadi laa...umm macam mana nak sambung belajar macam ni..semua benda luperrr...
halaman rumah pun jadik laaa.....
berkumpul dan makan ramai-ramai....ooohh rindunyaaa masa-masa dulu
Pantai Irama aka Melody Beach
Pasar Siti Khatijah..oohh best nya kalau dapat makan udang besar tuuu
oohhh nyamannyeer... Wassalam

Wednesday, December 14, 2011

Imbasan kebelakang 2

Koleksi dan aksi MNAS
.
Eh-eh dengan saper tuuu..ooo gan micha ya...umm MNAS jangan gaduh-gaduh tau gan micha..
DI gENTING hIGHLAND..Umm seronoknya naik benda nii ibuu...apa ni ya buu...
hehehhehhee
pertama kali naik kereta goyang-goyang ni...terpegun tak terkata..dan yang paling penting muka tanpa ekspresi......haahaa kelakar anak ibu nihh...muntah banyak sangat gambar..hehhe ada banyak lagi, tapi kendian laa ibu nak buat keja dahh....wassalam

Imbasan kebelakang 1

Selamat Hari Raya Aidilfitri SAYANG Ibu...
Dah pandai bergaya anak ibu ni...merah gituu... Raya yang penuh bererti buat ibu dan ayah...

Selamat Ulangtahun pertama sayang....

Selamat ulangtahun kelahiranmu yang pertama sayang ibu MUhammad Nuh AlSagoff Mohd Radzi.. Walaupun terlewat ibu tetap ingin mencoretkan sesuatu sempena hari istimewa ini...

04.10.2011; tarikh keramat buat ibu dan ayah menyambut ulangtahunmu yang pertama.. Syukur Alhamdulillah di sepanjang perjalananmu ini anakku, dirimu seorang anak yang kuat 4 kali dimasukkan ke hospital,(bronchitis, virus infection, high fever, demam campak dan diarrhea) ubat, jarum, nebulizer n fisioterapi menjadi teman setia.. Tapi ia ya tidak menjadi kudis buatmu kerana anak ibu ini sentiasa ceria dan senyum bila pandang muka ibu...Alhamdulillah MNAS ibu sekarang sihat, aktif dan ceria dan sentiasa tersenyum.. Oohh penawar segala duka ibu..
Selamat ulang tahun pertama sayang....ibu dan ayah doakan semoga sihat, membesar menjadi anak yang soleh dan abang contoh buat adik2 nanti.. Aamin

Wassalam
7 bulan di dalam kandungan
kelahiran mu..
Hari ke-3
Hari ke-17
5 bulan
7 bulan
9 bulan
10 bulan
11 bulan
satu tahun sudah, anak ibu ni.

Tuesday, December 13, 2011

Pejam celik..

Salam bersiaran kembali,,,dekat setahun lamanya tak melapangkan diri untuk mencoretkan sesuatu dipentas maya ini... Alhamdulillah kembali digerakkan hati untuk menarikan jari jejari ini untuk mengetuk huruf2 n nombor dihp ini.. InsyaAllah semoga ia nya menjadi titik tolak sebuah diari untuk tatapan hari ini, esok n dimasa depan..

Umm MNAS sudah pun setahun 2 bulan.. Cepat betul masa berlalu, dah besar anak ibu n dah mula bertatih... Sayang meniarap sudah, merangkak sudah, bertatih pun sudah... Sekarang berlari lab sayang, ibu sentiasa dibelakangmu menyokong dan menyambutmu sekiranya jatuh..

Kadang2 anakku jatuh tuu bagus, kita dapat merasai sakit dan peritnya.. Tapi jangan sesekali putus asa, teruskan langkahmu menuju ke destinasi yang diredai oleh Allah S.W.T..

Bila dah start menulis susah nk berhenti.. Umm macam mana nak upload gambar yaa guna iPhone ni.. Iskk buta teknologi kejabbb.. Teettt

Wassalam